Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap sumbangan umat Perlis dapat bantu usaha pemulihan dan pembangunan semula kehidupan mangsa banjir di Aceh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menyeru umat Perlis bersama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa atas dasar ikatan ukhuwah tidak terpisah dan semangat kemanusiaan sejagat.
“Besarlah harapan saya agar sumbangan ikhlas yang dihulurkan umat Perlis akan dapat membantu usaha pemulihan dan pembangunan semula kehidupan saudara kita di Aceh. Sesungguhnya, bantuan ini manifestasi daripada semangat persaudaraan dan keprihatinan terpuji.
“Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha dan sumbangan yang dihulurkan serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh mangsa terlibat dalam menghadapi ujian besar ini,” titah baginda dalam kenyataan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.