`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Friday, December 19, 2025

Perlis salur kutipan Tabung Jumaat kepada mangsa banjir Aceh

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap sumbangan umat Perlis dapat bantu usaha pemulihan dan pembangunan semula kehidupan mangsa banjir di Aceh.

tuanku syed
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru umat Islam di negeri itu menyumbang bagi meringankan beban mangsa banjir di Aceh.
PETALING JAYA:
 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan kutipan Tabung Jumaat di semua masjid negeri itu hari ini akan disalurkan sepenuhnya kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Mangsa Banjir Aceh.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, menyeru umat Perlis bersama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa atas dasar ikatan ukhuwah tidak terpisah dan semangat kemanusiaan sejagat.

“Besarlah harapan saya agar sumbangan ikhlas yang dihulurkan umat Perlis akan dapat membantu usaha pemulihan dan pembangunan semula kehidupan saudara kita di Aceh. Sesungguhnya, bantuan ini manifestasi daripada semangat persaudaraan dan keprihatinan terpuji.

“Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha dan sumbangan yang dihulurkan serta memberikan kekuatan dan kesabaran kepada seluruh mangsa terlibat dalam menghadapi ujian besar ini,” titah baginda dalam kenyataan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.