`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Friday, December 19, 2025

Lelaki melecur 30%, gas masak meletup

Pasukan bomba sedang menyiasat punca kejadian.

Keadaan rumah mangsa selepas letupan gas memasak malam tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Seorang pekerja pembersihan cedera selepas gas memasak meletup di sebuah rumah di Taman Pagoh Jaya, Muar.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Pagoh, Nor Alfattah Omar, berkata tujuh anggota bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.54 malam Khamis.

“Kejadian itu menyebabkan seorang lelaki yang juga penghuni rumah terbabit melecur 30% di badannya.

“Kebakaran berjaya dipadamkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, lelaki berusia 51 tahun itu sedang dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah dan punca kejadian masih dalam siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.