Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat wanita itu dikatakan menemui pegawai terbabit dalam sebuah kereta atas urusan suaminya ditahan berkaitan kes dadah.

PETALING JAYA: Seorang pegawai narkotik disiasat atas dakwaan mencabul isteri tahanan di Pasir Mas minggu lalu, kata Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat.
Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar 9 malam dalam sebuah kereta, di mana wanita terbabit dikatakan menemui pegawai berkenaan atas urusan suaminya ditahan berkaitan kes dadah.
Beliau berkata, pegawai itu berusia 30-an dan mangsa berusia 20-an.
“Kes masih dalam siasatan dan pegawai terbabit dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu siasatan lanjut,” katanya menurut Sinar Harian selepas perhimpunan bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.