Wednesday, September 9, 2026

CEO Alam Maritim didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok

 Terdahulu dilaporkan Azmi Ahmad direman untuk bantu siasatan SPRM berhubung isu dibangkitkan dalam RCI TH.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap CEO Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Azmi Ahmad dijangka dituduh di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen KL Suzana Hussin pada 9 pagi esok. (Gambar AMRB)
KUALA LUMPUR:
Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Azmi Ahmad akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, Azmi akan dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.

Pada 17 Ogos lepas, Alam Maritim Resources Bhd menerusi makluman kepada Bursa Malaysia mengumumkan Azmi direman bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 15 Ogos, SPRM dilaporkan menahan tujuh individu, terdiri daripada seorang CEO, seorang pengarah syarikat, seorang bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi membantu siasatan berhubung isu yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH.

Menurut sumber, seorang CEO syarikat perkapalan bergelar ‘Datuk’, berusia dalam lingkungan 60an, ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu ketika membuat bayaran kepada TH, membabitkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.