Friday, October 2, 2026

RM237,000 lesap ditipu penyamar timbalan pendakwa raya

 Pesara itu menerima panggilan individu supaya pindah semua wangnya dalam satu akaun untuk diperiksa Bank Negara.

Hafezul Helmi Hamzah
Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah, berkata mangsa turut letak kad ATM dalam sampul di bawah tiang papan tanda dekat kediamannya, sebelum diarah beri nombor pin. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pesara kerugian RM237,135 susulan diperdaya individu menyamar polis dan timbalan pendakwa raya menerusi panggilan telefon.

Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 63 tahun kelmarin selepas mangsa ditipu kononnya terlibat kes penipuan pelaburan.

Katanya, individu menyamar polis dan timbalan pendakwa raya itu mengarahkan mangsa memindahkan semua wangnya dalam satu akaun bagi memudahkan urusan ‘pemeriksaan Bank Negara’.

“Mangsa kemudian diarah meletakkan kad ATM akaun tersebut dalam satu sampul dan diletakkan di bawah tiang papan tanda berhampiran rumah mangsa serta memberikan enam pin kod ATM tersebut.

“Setelah 27 hari, mangsa membuat semakan terhadap akaun tersebut di bank lalu mendapati wang RM237,135.15 telah dikeluarkan tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan.

Hafezul menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada terhadap panggilan telefon secara rawak dan penyamaran dalam talian melalui sebaran maklumat dari platform media sosial. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.