Setiausaha agung Wawasan juga mahu jawatankuasa pilihan Parlimen memainkan peranan lebih besar dalam proses penggubalan undang-undang.

Ahli Parlimen Indera Mahkota mengetengahkan perkara itu sebagai sebahagian inisiatif untuk dilaksanakan di pelbagai sistem, institusi, kepimpinan dan kerajaan.
Dalam tulisan di ruangan Merentas Ruang disiarkan Sinar Harian, bekas menteri luar berkata kini masa sesuai untuk menjayakan perundingan dalam makna tepat iaitu syura, dibangunkan dan dimajukan aplikasinya berkaitan demokrasi.
Beliau mencadangkan, ia dilaksanakan antaranya di Dewan Rakyat dengan meningkatkan perundingan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan dalam penggubalan undang-undang.

“Dan peranan ketua pembangkang dalam menentukan agenda sidang,” katanya.
Jawatan ketua pembangkang kini disandang Presiden Wawasan Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut.
Saifuddin turut mencadangkan Dewan Negara diperkasa melalui proses perundingan dalam menentukan kriteria kelayakan dan pencalonan senator, selain meningkatkan peranannya bagi menghapuskan imej sebagai ‘rubber stamp’.
Di peringkat negeri, katanya, lebih banyak DUN perlu mewujudkan jawatan ketua pembangkang dan jawatankuasa pilihan, selain menambah jumlah hari persidangan.
Bagi peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) pula, Saifuddin menggesa perundingan dalam kriteria kelayakan dan pencalonan ahli-ahlinya.
“Menjadikannya ‘Parlimen Peringkat Tempatan’ yang sebenar. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.