`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, October 2, 2026

Beri ketua pembangkang peranan tentu agenda Dewan Rakyat, cadang Saifuddin

 Setiausaha agung Wawasan juga mahu jawatankuasa pilihan Parlimen memainkan peranan lebih besar dalam proses penggubalan undang-undang.

Jawatan ketua pembangkang kini disandang Presiden Wawasan Hamzah Zainudin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ketua pembangkang perlu diberi peranan dalam menentukan agenda persidangan Dewan Rakyat sebagai sebahagian usaha memperkukuh amalan perundingan dalam sistem demokrasi, kata Setiausaha Agung Parti Wawasan Negara (Wawasan) Saifuddin Abdullah.

Ahli Parlimen Indera Mahkota mengetengahkan perkara itu sebagai sebahagian inisiatif untuk dilaksanakan di pelbagai sistem, institusi, kepimpinan dan kerajaan.

Dalam tulisan di ruangan Merentas Ruang disiarkan Sinar Harian, bekas menteri luar berkata kini masa sesuai untuk menjayakan perundingan dalam makna tepat iaitu syura, dibangunkan dan dimajukan aplikasinya berkaitan demokrasi.

Beliau mencadangkan, ia dilaksanakan antaranya di Dewan Rakyat dengan meningkatkan perundingan jawatankuasa-jawatankuasa pilihan dalam penggubalan undang-undang.

saifuddin abdullah
Saifuddin Abdullah.

“Dan peranan ketua pembangkang dalam menentukan agenda sidang,” katanya.

Jawatan ketua pembangkang kini disandang Presiden Wawasan Hamzah Zainudin yang juga Ahli Parlimen Larut.

Saifuddin turut mencadangkan Dewan Negara diperkasa melalui proses perundingan dalam menentukan kriteria kelayakan dan pencalonan senator, selain meningkatkan peranannya bagi menghapuskan imej sebagai ‘rubber stamp’.

Di peringkat negeri, katanya, lebih banyak DUN perlu mewujudkan jawatan ketua pembangkang dan jawatankuasa pilihan, selain menambah jumlah hari persidangan.

Bagi peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) pula, Saifuddin menggesa perundingan dalam kriteria kelayakan dan pencalonan ahli-ahlinya.

“Menjadikannya ‘Parlimen Peringkat Tempatan’ yang sebenar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.