`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, October 2, 2026

Piala Asean: FAM minta penjelasan Fifa masa tambahan ditukar

 Masa tambahan dua minit namun berubah kepada tujuh minit dalam aksi Kumpulan A Indonesia-Bangladesh beri kesan saingan kedudukan Harimau Malaya ke final.

Tular sejak malam tadi perubahan masa tambahan dua minit yang kemudiannya ditukar kepada tujuh minit.
PETALING JAYA:
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) berhubung isu perubahan masa tambahan Indonesia- Bangladesh dalam aksi Piala Asean Fifa di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi.

FAM berkata, perlawanan itu menyaksikan tempoh masa tambahan yang pada awalnya ditunjukkan selama dua minit, kemudiannya berubah kepada tujuh minit.

Katanya, perkara tersebut wajar diberikan perhatian memandangkan perlawanan berkenaan melibatkan persaingan kedudukan akhir Kumpulan A, sekali gus memberi kesan kepada penentuan pasukan yang layak ke final.

“FAM menggesa Fifa supaya menjalankan penelitian terhadap insiden berkenaan dan memberikan penjelasan terperinci mengenai keputusan dibuat pegawai perlawanan, termasuk sama ada perubahan tempoh masa tambahan tersebut telah dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa,” katanya dalam kenyataan.

Badan induk bola sepak negara itu, menegaskan permohonan terbabit bukan bertujuan mempersoalkan keputusan perlawanan atau mempertikaikan pencapaian mana-mana pasukan.

“Sebaliknya mendapatkan penjelasan rasmi mengenai proses dan prosedur pengadilan bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul.”

Malam tadi, dalam aksi terakhir Kumpulan A, Malaysia menang besar 6-0 ke atas Singapura di Stadium Si Jalak Harupat, namun belum cukup membawa Harimau Malaya ke final Piala Asean Fifa 2026 berdasarkan jumlah jaringan berbanding Indonesia.

Skuad Garuda mengesahkan tempat ke final selepas membelasah Bangladesh 9-2 dalam satu lagi aksi kumpulan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.