`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 12, 2014

CERITA POLIS BAIK DAN 'POLIS' TAK BERAPA BAIK


Dua cerita polis meletop hari ini. Satu cerita polis muda yang berperikemanusiaan dikhabarkan membantu seorang lelaki berusia yang kehabisan minyak motosikal. Anggota polis itu membelikan minyak petrol dan menuangkannya sendiri ke dalam tangki motosikal tersebut. 

Cerita polis yang tak seronok dibaca ialah tentang sebaran beberapa gambar yang merujuk kepada dua ornag yang dipercayai anggota polis yang kelihatan seolah-olah tidak sedarkan diri ketika gambar mereka dirakam.

Dalam gambar yang disiarkan oleh AmneoWorld, menunjukkan dua anggota polis itu duduk di kerusi sebuah kenderaan peronda polis dalam keadaan seolah-olah tertidur. Di celah kangkang salah seorang daripada mereka terdapat satu tin minuman yang dipercayai arak.

Di ruang letak kaki tempat duduk belakang kereta tersebut terdapat senjata api berkuasa tinggi yang amat berbahaya jika jatuh ke tangan manusia yang tidak sepatutnya.

Tidak dapat dipastikan ketulinan gambar ini. PDRM juga setakat ini masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung perkara ini.

Jika gambar-gambar ini ori ,, sedih!!!!

Berikut beberapa gambar disunting dari ameno world
kereta peronda polis dengan pintu terbuka
pandangan sisi 
pandangan hadapan 
senjata api kuasa tinggi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.