`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 11, 2014

Gempar!!! (Gambar) Pesawat Cessna 172 Terhempas Di Empangan Batu, Ulu Yam... Ini Kisahnya.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR - "Kami dengar bunyi seakan benda terjatuh dan meletup kira-kira pukul 5 petang. Saya ingatkan bunyi mercun, tak sangka pula bunyi pesawat terhempas," kata seorang penduduk kawasan perumahan Empangan Batu, Ulu Yam di sini.
   
Khairul Abidah Basir@Anis hanya mengetahui bunyi itu datang daripada pesawat yang terhempas apabila beberapa anggota bomba dan penyelamat datang ke kawasan itu dan mencari suaminya yang bertugas sebagai pengawal di Empangan Batu.
   
Khairul Abidah, 32, yang menetap di kawasan itu sejak enam tahun lepas, berkata bunyi letupan itu didengar ketika beliau dan lima anaknya berehat di depan rumah mereka.
   
Dalam nahas pada pukul 5 petang semalam, sebuah pesawat Cessna 172 terhempas di Empangan Batu, menyebabkan tiga cedera termasuk seorang parah. Kesemua yang cedera itu kini dirawat di Hospital Selayang.
  
Khairul Abidah yang ditemui di kawasan nahas itu hari ini, berkata suaminya yang turut membantu pasukan penyelamat terdiri daripada bomba dan polis, bergerak ke lokasi kejadian lewat petang semalam.
   
"Menurut maklumat anggota bomba yang membawa balik mangsa ke empangan ini pagi tadi, pesawat itu terhempas di kawasan curam dan untuk ke sana, kena naik bot dan berjalan kaki," kata suri rumah itu.
   
Operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas itu dihentikan pada pukul 8.12 pagi ini setelah kesemua individu di dalam pesawat itu ditemui. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.