Cuba Korang Faham Apa Maksud ZAM Tentang Najib.......
UMNO ketandusan pemimpin yang berkebolehan.
Di dalam UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang punya kelebihan otak.
Kelemahan Najib hanya kerana terlalu elitis?
Berjaya menagguhkan masalah tetapibukan menyelesaikan masalah Najib lemah atau lembut?
ZAM inginkan Najib mempunyai stail Mahathir!
PELBAGAI tafsiran telah dibuat berhubung dengan posting saya (12 Januari 2014) supaya bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed diberikan peranan dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Penasihat DAP Lim Kit Siang memberikan reaksi pantas dengan menuduh saya sebagai menginisiatifkan komplot dan konspirasi golongan reaksionari dan anti demokrasi dalam Umno dan BN untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib.
Kit Siang sebenarnya mimpikan kekuatan saya lebih dari yang sebenarnya.
Saya tidak mempunyai sebarang kedudukan dalam Umno baik diperingkat bawahan atau atasan dan saya tidak mempunyai hubungan rapat dengan mana mana pemimpin Umno.
Saya juga tidak rapat dengan Mahathir seperti sangkaan banyak orang malah ketika melancarkan karya saya Tun Razak Jejak Bertapak Seorang Patriot lama dahulu, Mahathir walaupun menganggap saya sebagai kawan tetapi katanya "Kawan yang menyusahkan."
Bagi saya kekuatan tidak semestinya bergantung kepada pertubuhan atau parti jika kita mempunyai kekuatan sendiri.
Umpamanya apabila saya mengkritik bekas Presiden Indonesia Habibi yang mengujungi Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum Malaysia tanpa menghormati tatasusila negara ini, telah menimbulkan reaksi yang cukup hangat di Indonesia.
Lebih 1 juta menonton saya menerusi interviu sacara langsung oleh TV1 Indonesia dan juga mendapat perhatian pemimpin pemimpin besar Indonesia termasuk Presiden Indonesia sendiri.
Saudara Kit Siang boleh meminta angka ini dari TV1 Indonesia sendiri.
Saya juga merasa bangga kerana sebagai orang yang tidak mempunyai apa apa kedudukan dalam parti dan kerajaan saya masih mendapat perhatian dari saudara Kit Siang.
Selain dari Kit Siang , kalangan Umno sendiri ada yang menganggap saya menyindir kepimpinan Najib yang lemah.
Saya tidak menyindir tetapi saya katakan terus terang dalam tulisan saya itu jika berikan ISA pada Najib pun tidak akan berkesan.
Maka itu bukan ISA yang perlu dikembalikan tetapi Mahathir yang perlu dikuatkuaskan semula tetapi bukan dengan mengambilaleh jawatan Najib.
Pada pandangan saya disebalik kelemahannya, Najib mempunyai kekuatan tersendiri terutama dalam mempastikan penerusan pegangan kepada nilai tradisi pemerentahan yang diwarisi sejak Perikatan.
Najib dapat mengawal emosinya, bertoleransi,bertolak ansur,bermaafan dan berdeplomasi dalam menghadapi berbagai tekanan sekalipun dalam keadaan yang runcing dan amat mencabar.
Pegangan kuat kepada tradisi politik ini yang menjadi pertahanan kebal kepada negara dalam menghadapi berbagai provokasi dari masa ke masa.
Jika BN pimpinan Najib bertindak mengikut emosi rakyat maka tentunya kita sudah lama melihat Malaysia dicerobohi oleh anasir asing seperti yang berlaku di Syria, Iraq dan sebelumnya di Indonesia yang menjatuhkan Soeharto. (sekarang rakyat Indonesia mengenang kemakmuran dizaman Soeharto).
Inilah juga yang diharapkan oleh anasir-anasir subersif dalam negara kita yang dulunya adalah komunis tetapi sekarang menjadi anjing kepada kuasa imperialis Global.
Bagaimanapun kekuatan Najib lebih banyak dilindungi oleh kekalahannya dalam masalah peribadi yang terang lagi bersuluh kepada umum walaupun cuba dilindunginya disamping pendekatan pendekatan populisnya yang bersifat elitis yang tidak menjijak hati rakyat sebaliknya lebih menjadi bahan ketawa rakyat.
Untuk mengatakan beliau tidak berhati perut Melayu adalah tidak benar sama sekali.
Jika demikian masakan terloncat dari mulutnya perkataan Tsunami Cina bila orang Cina menolak BN dan juga apabila ditanya oleh wartawan wartawan akhbar Cina berkali-kali mengenai berita Utusan Malaysia “ Apa lagi Cina mahu?.” Najib sambil mengawal perasaannya menjawab :
Bagaimana pula dengan akhbar akhbar Cina? yang menyebabkan wartawan wartawan Melayu bertepuk dalam suatu sidang akhbar.
Malangnya pendekatan kebangsawanannya untuk menjijaki hati rakyat tidak menampakan ketulenan dan keperibadian semula jadi.
Umpamanya apabila beliau mengujungi gerai makan atau café dalam musim pilihan raya untuk dijadikan berita bergambar di akhbar dan lain-lain media perdana.
Bila ini menjadi berita maka menunjukan hal itu “luar biasa” tetapi bagi rakyat itu adalah kehidupan harian mereka. Menjadikannya "Luar Biasa" menerusi stage manage mendedahkan selama ini beliau tidak pernah bersama rakyat di kedai kopi.
Ucapan penceramah popular yang tidak jadi masuk Umno, Mohammad Kazim Elias bahawa “Sepatutnya dalam hal yang melibatkan keselamatan agama dan ketenteraman awam,kerajaan tidak boleh berlengah dan beri ruang masa terlalu lama kerana akhirnya beri kesan tidak elok pada negara” sebenarnya suatu kecaman tepat dan pedas terhadap Najib yang menepati apa yang tersimpan di hati majoriti rakyat.
Tentunya orang lebih percaya kepada Kazim dari Najib kerana sudah terlalu banyak bukti Najib bergerak macam kura kura terutama dalam pekara yang berkaitan dengan Mahkamah.
Apakah kerana hendak menunjukan kebebasan Mahkamah maka kerajaan tidak mahu campurtangan mempercepatkan keputusan dalam pekara yang panas dan runcing.
Siapakah yang percaya kepada kebebasan mahkamah?
Adakah Najib masih percaya rakyat akan kembali menyokong kerajaan dengan menunjukan kebebasan Mahkamah?
Dalam kes Anwar Ibrahim pun,rakyat dari kedua pihak yang bertentangan telah hilang keyakinan terhadap kredebiliti Institusi Keadilan dan Kehakiman negara ini.
Najib terlalu elitis untuk memahami perasaan rakyat dan terlalu banyak teragak agak dalam membuat keputusan yang menyerlahkan sikap
indecisive.
Najib lebih terkenal dengan keupayaan menanguhkan masalah dan bukannya menyelesaikan masalah.
Maka itu saya rasa Najib memerlukan bantuan dan sokongan moral dari orang seperti Tun Dr.Mahathir yang mempunyai aura yang sangat besar sehingga mendengar cadangan namanya untuk dikembalikan ke dalam pemerentahan sudah menggeletarkan Kit Siang and The Gang.
Saya tidak fikir Mahathir gila kuasa atau beliau mahu kuasa Perdana Menteri sekiranya beliau diberikan kedudukan dalam kerajaan tetapi beliau mahu mengembalikan kuasa Umno.
Beliau mempunyai keyakinan bahawa Umno menerusi kepimpinan yang ada sekarang masih boleh dipulehkan kekuatannya.
Secara ikhlas saya tidak nampak seorang pun yang dapat menandingi kewibawaan Najib pada masa ini.
Beliau mesti disokong dan diberikan kepercayaan untuk menjalankan tugasnya dengan lebih berani mengambil risiko.
Mahathir boleh membantunya dalam hal ini.
Jika dengan bantuan Mahathir kekuatan Najib dan BN dapat dipulihkan maka apakah salah untuk Najib meneruskan kepimpinan hingga lepas Pilihan Raya Umum akan datang.
Dipetik daripada blog Zainuddin Maiden.
Posted by mountdweller
Dicatat oleh atsixty
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.