![bn ph](https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F07%2F428ec716-6_supporters_ph_bn_fmt_moganraj_230724.webp&w=3840&q=75)
Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata walaupun Umno Sabah mempunyai autonomi namun masih ada persepsi gabungan itu berasal dari ‘Malaya’ kerana berasal dari Malaysia Barat termasuk DAP dan PKR, komponen dalam PH.
Bagaimanapun, dua komponen itu mempunyai parti tempatan iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah di bawah Barisan Nasional dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) menganggotai PH.
katanya kepada FMT mengulas kenyataan Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin bahawa gandingan BN-PH adalah formula terbaik berdepan PRN Sabah Ke-17.Mereka tak boleh bersendirian kerana politik Sabah agak unik atau lebih mirip bersifat kenegerian,
Mengulas parti tempatan mampu memberi nilai tambah kepada gabungan parti kerajaan itu, Azmi berkata Warisan dilihat mempunyai kelebihan membantu gandingan PH-BN mencapai kemenangan besar.
![Free Malaysia Today](https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F06%2Fab1fb881-azmi-hassan-ms-140723-2.webp&w=3840&q=75)
katanya.Lebih kuat jika BN PH Warisan berbanding BN PH GRS kerana akar umbi Warisan di Sabah lebih kuat berbanding GRS,
Sabah kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipimpin Ketua Menteri Hajiji Noor yang disokong parti tempatan antaranya Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
Selain GRS pentadbiran Sabah juga dianggotai PH selain beberapa wakil rakyat Umno yang menyokong Hajiji termasuk Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya.
DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Penganalisis veteran Jeniri Amir pula berpendapat GRS mungkin boleh dipertimbangkan dalam gabungan BN-PH untuk menggambarkan semangat kerajaan perpaduan, namun masalah akan timbul dari segi agihan kerusi serta jawatan selepas PRN.
![jeniri](https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F06%2F34d00e46-jeniri-amir-ms-110624-1.webp&w=3840&q=75)
Menurutnya, rundingan awal termasuk agihan kerusi dan calon ketua menteri serta jawatan kanan perlu bagi mengekang krisis pentadbiran pernah dialami Sabah, apabila Umno menarik sokongan daripada pentadbiran Hajiji pada Januari tahun lalu.
“Kalau kompromi dapat dijalinkan dan persefahaman dapat diwujudkan itu langkah lebih baik untuk pastikan soal politiking di Sabah dapat dikurangkan.
katanya. - FMTSelalu berlaku perebutan kuasa yang melampau dan politiking tidak terkawal,
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.