`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 24, 2024

Sukar BN-PH tawan Sabah tanpa parti tempatan utama, kata penganalisis

 

bn ph
Baru-baru ini, Bung Moktar Radin berkata gandingan BN-PH disifatkan formula terbaik untuk berdepan PRN dijangka tahun depan.

PETALING JAYA
Sukar gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menguasai Sabah pada PRN akan datang, tanpa bantuan parti tempatan utama, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan berkata walaupun Umno Sabah mempunyai autonomi namun masih ada persepsi gabungan itu berasal dari ‘Malaya’ kerana berasal dari Malaysia Barat termasuk DAP dan PKR, komponen dalam PH.

Bagaimanapun, dua komponen itu mempunyai parti tempatan iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah di bawah Barisan Nasional dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) menganggotai PH.

Mereka tak boleh bersendirian kerana politik Sabah agak unik atau lebih mirip bersifat kenegerian,
 katanya kepada FMT mengulas kenyataan Ketua BN Sabah Bung Moktar Radin bahawa gandingan BN-PH adalah formula terbaik berdepan PRN Sabah Ke-17.

Mengulas parti tempatan mampu memberi nilai tambah kepada gabungan parti kerajaan itu, Azmi berkata Warisan dilihat mempunyai kelebihan membantu gandingan PH-BN mencapai kemenangan besar.

Free Malaysia Today
Azmi Hassan.

Lebih kuat jika BN PH Warisan berbanding BN PH GRS kerana akar umbi Warisan di Sabah lebih kuat berbanding GRS,
 katanya.

Sabah kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipimpin Ketua Menteri Hajiji Noor yang disokong parti tempatan antaranya Parti Gagasan Rakyat Sabah, Parti Bersatu Sabah dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Selain GRS pentadbiran Sabah juga dianggotai PH selain beberapa wakil rakyat Umno yang menyokong Hajiji termasuk Timbalan Ketua Menteri Shahelmey Yahya.

DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan dan PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Penganalisis veteran Jeniri Amir pula berpendapat GRS mungkin boleh dipertimbangkan dalam gabungan BN-PH untuk menggambarkan semangat kerajaan perpaduan, namun masalah akan timbul dari segi agihan kerusi serta jawatan selepas PRN.

jeniri
Jeniri Amir.

Menurutnya, rundingan awal termasuk agihan kerusi dan calon ketua menteri serta jawatan kanan perlu bagi mengekang krisis pentadbiran pernah dialami Sabah, apabila Umno menarik sokongan daripada pentadbiran Hajiji pada Januari tahun lalu.

“Kalau kompromi dapat dijalinkan dan persefahaman dapat diwujudkan itu langkah lebih baik untuk pastikan soal politiking di Sabah dapat dikurangkan.

Selalu berlaku perebutan kuasa yang melampau dan politiking tidak terkawal,
 katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.