`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, July 31, 2024

Azizi yang berpaling tadah, Rizwadi yakin pengundi kekal sokong PN

 

Free Malaysia Today
Wakil Bersatu Mohd Rizwadi Ismail (kiri) berkata perbuatan Mohd Azizi Abu Naim mengalihkan sokongan lebih bersifat peribadi bukan mewakili parti.

PETALING JAYA
Wakil Bersatu Mohd Rizwadi Ismail optimis pengundi akan mengundi Perikatan Nasional (PN) yang diwakilinya pada PRK Nenggiri dan tidak terpengaruh tindakan Mohd Azizi Abu Naim mengalihkan sokongan.

Menyertai Bersatu dari PAS menjelang pengumuman sebagai calon kelmarin, beliau berkata perbuatan Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang lebih bersifat peribadi bukan mewakili parti baharunya itu.

Menurut pesara tentera laut itu, di sebalik dakwaan wujud kebimbangan pengundi episod sama akan berulang jika calon Bersatu diletakkan, beliau yakin pengundi kawasan berkenaan kekal mengundi PN yang menggunakan lambang PAS pada PRK 17 Ogos depan.

“Keputusan pimpinan PN Kelantan dan pusat memberi mandat kepada saya sebagai calon PN.

Yang beralih sokongan adalah Azizi bukan Bersatu,
 kata bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang itu kepada FMT.

PAS Gua Musang sebelum ini berharap calonnya diberi laluan bertanding PRK DUN Nenggiri atas alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan, merujuk tindakan Azizi menyokong pentadbiran Anwar Ibrahim.

PRK Nenggiri diadakan selepas DUN Kelantan pada 19 Jun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas dimaklumkan Azizi bukan lagi ahli Bersatu.

Keahlian Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dihentikan selepas dia gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Anwar selaku perdana menteri.

Pada PRN tahun lalu, Azizi menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun kawasan itu dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 3 Ogos dan undi awal 13 Ogos. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.