`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, July 29, 2024

Sarawak dicadang jadi hab aeroangkasa negara

 

tengku zafrul amar awang tengah
Timbalan Premier Sarawak Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz pada Mesyuarat Bersama Penyelarasan Industri Sarawak di Kuching hari ini. (Gambar Bernama)

KUCHING
Kerajaan bercadang menjadikan Sarawak hab industri aeroangkasa negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, cadangan itu antara perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri Sarawak hari ini.

Sarawak menunjukkan potensi besar dalam industri itu terutama untuk mewujudkan tenaga mahir dalam bidang tersebut, katanya.

“Sarawak sebelum ini mengumumkan (komitmen) untuk menghasilkan bakat di universiti-universiti Sarawak yang menumpukan (pada) industri aeroangkasa.

Jadi, kita berpendapat dari segi bakat itu memang akan ada, manakala dari segi geografi Sarawak berada (di lokasi yang) memang baik, dekat dengan Nusantara (ibu negara Indonesia), berhampiran Korea, Jepun dan malah Australia,
 katanya kepada pemberita.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan negeri Awang Tengah Ali Hassan.

Tengku Zafrul berkata, cadangan membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di sini dan penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak turut dikenal pasti dapat membantu pembangunan industri aeroangkasa di Bumi Kenyalang itu.

Katanya, pihaknya melalui Perbadanan Industri Aeroangkasa Negara (Naico) Malaysia juga akan bekerjasama dengan Sarawak dalam mencapai agenda pembangunan industri itu.

Kita juga melihat industri aeroangkasa akan dapat membuka peluang dalam industri penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta sektor pembuatan,
 katanya.

Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg sebelum ini dilaporkan berkata, Sarawak akan membuka pusat latihan aeroangkasa sebagai persediaan untuk terbabit serius dalam industri penerbangan.

Katanya, pusat latihan itu akan diwujudkan di Tanjung Bako di Kuching, manakala kelas teori akan diadakan di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (Centexs) di Lundu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.