Ketua Penerangan Bersatu Melaka Hishamuddin Abdul Karim berkata sasaran bertanding sehingga 10 kerusi DUN itu termasuk jika bekerjasama dengan mana-mana gabungan.

Ketua Penerangannya, Hishamuddin Abdul Karim, berkata dua kerusi terbabit dimenangi Bersatu atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu, sebelum Adunnya menyertai Parti Wawasan Negara (Wawasan).
“Bemban dan Sungai Udang, saya yakin parti akan kekal bertanding,” katanya kepada FMT.
Hishamuddin berkata Bersatu dijangka bertanding sehingga 10 kerusi DUN, termasuk jika bekerjasama dengan mana-mana gabungan.
Bagaimanapun katanya, soal calon dan jumlah kerusi hanya dapat dimuktamadkan selepas keputusan akhir sama ada berlaku kerjasama atau sebaliknya.
Beliau tidak menolak kemungkinan keputusan rundingan pembahagian kerusi diketahui seawal minggu depan.
Pada PRN Melaka 2021, Bersatu memenangi DUN Sungai Udang dan Bemban atas tiket PN.
Adun Bemban Dr Yadzil Yaakub dan Adun Sungai Udang Dr Aleef Yusof kemudian menyertai Wawasan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.