`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 15, 2013

Pemerkosaan Ekonomi Bumiputera- (bah 1)


MP fires AK-47 during parliament session in Jordan


An MP in Jordan has been charged with attempted murder after trying to shoot another politican with an AK-47 during a session in parliament.


Hari ini Dato Najib melancarkan majlis permerkasaan ekonomi Bumiputera. Kita mendoakan hasrat ini akan berjaya. Walaubagaimanapun, izinkan saya memberi sedikit pandangan. 

Bumiputera itu maksudnya 60% Melayu/Islam dan lebih kurang 8% Bumiputera bukan Islam. Pendapatan PURATA bulanan bumiputera mengikut Dato Najib ialah 4500. Hip hip Hooray!

Nak menyedapkan hati orang Melayu bolehlah. Kali ini, kumpulan consultants mana pulak yang menyediakan ucapan pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang akan menjadi pemerkosaan ekonomi Bumiputera? Believe you me, it will come to that eventually.Najib kata we hear you we hear you.

Kawan2- pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini tidak lain akan menjadi DEB with a vengeance. Tengoklah nanti, ini akan menjadi landasan elit dan feudal Melayu mengayakan diri, sanak saudara dan kroni. Ingat- daripada RM54 billion saham yang dijual dan didanai pembelian nya- RM52billion sudah dijual. Tinggal RM2billion sahaja!. Ini agenda Bumi-PUTERA. Siapa yang jual? Putera pemimimpin atasan, putera/puteri pegawai tinggi,dan seumpamanya. Termasuklah pegawai2 yang menjaga pengagihan saham2 itu dahulu.

Pendapatan purata RM4457 sebulan.

Tapi bukankah 40% dari rakyat Malaysia mempunyai pendapatan bulanan RM1500 kebawah? 40% dari 28juta ialah 11.2juta. 90% dari nya orang Melayu/Bumiputera. Ertinya Melayu/Bumiputera yang berpendapatan RM1500 kebawah ialah 10juta orang. 88% dari jumlah ini ialahMelayu/Islam tulin iaitu seramai 8.87juta.

Hampir 9 juta Melayu mempunyai pendapatan bulanan RM1500 atau kurang. Jadi siapa Melayu yang mempunyai pendapatan purata bulanan RM 4500 sebulan? Bumi-PUTERA2. Saya lihat ribuan orang Melayu didaerah Raub Pahang yang hidup mereka itu, kalau kita teliti sudah pasti menghancurleburkan segala hati jantung yang bernadi dan berdenyut!

Masaalah pokok nya ialah bolehkah kita percaya cakap2 Najib ini?

Semua orang boleh lihat hipokrasi Dato Najib. Semasa saya dalam UMNO dahulu saya sudah menyatakan seruan 1Malaysia nya tidak akan berjaya. Ketika dia menyebut perkara ini buat pertama kali semasa suatu Perhimpunan Agung UMNO, para perwakilan rata2 menolak nya. ahli UMNO mahu meneruskan dominasi Melayu dalam segala hal.

Apa yang dimaksudkan dengan dominasi itu tidak pernah dinyatakan dengan jelas. Adakah dominasi bererti pengukuhan Melayu sebagai rentier class?

Bagaimana seruan 1Malaysia mahu berjaya sedangkan Najib sangat kurang jumlah panglima barisan depan pergi bertemu rakyat menerangkan apa maksud 1Malaysia.Malah dikalangan rakyat bawahan, mereka digalakkan supaya berkelahi.

Kemudian kita lihat tindak tanduk pemimpin UMNO yang menjahanamkan konsep 1Malaysia. Ketegangan kaum sengaja digalakkan oleh kerajaan. Tindak tanduk berbaur perkauman dan perselilishan dikalangan sebangsa digalakkan juga. Maka negara kita tidak menuju kepada inclusiveness yang diangan2kan oleh Najib bahkan divisiveness.

How can we believe Najib? He says one thing, but then allows the things he said to be negated.

Kesemua tingkah laku Najib dan pemimpin kerajaan seterusnya mendedahkan bagaimana dangkal pemikiranya tentang konsep1Malaysia. Ianya sekali gus membuktikan bahawa konsep 1Malaysia bukanlah sesuatu yang dia sendiri fikirkan. Tahukah oang Melayu dan orang UMNO, kesukaan Najib ialah mengkontrakkan pemikiran dan dasar kepada consultants? 

Saya tidak akan heran ada pegawai kerajaan memberitahu saya bahawa 1Malaysia difikirkan untuk Najib oleh pasukan pakar runding. Pada zaman Najiblah bermula nya zaman setiap buah fikiran baru dihasilkan oleh pakar runding. Sehingga bajet yang akan datangpun adalah hasil pakar runding. Pada zaman dahulu, pegawai kementerian kewangan akan meyediakan isian dalam bajet. Bagaimana bajet mahu dilaksanakan kalau penyediaaan nya dilakukan oleh con-sultants?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.