`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, September 15, 2013

Sabah perlu kawal keselamatan sendiri - Betulkah Ini Yang Sabahan Mahukan?

Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia gagal mengawal keselamatan negeri itu.




KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa menghentikan sindrom penafian dan lebih proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Sabah terjamin.
Menurut Presiden Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan, selepas 50 tahun merdeka, Malaysia gagal mengawal keselamatan negeri Sabah.
“Keselamatan merupakan faktor utama mengapa Sabah didesak untuk bersetuju membentuk Malaysia pada tahun 1963 ekoran ancaman yang diterima dari Filipina dan Indonesia dan Malaysia ditubuhkan untuk menjaga keselamatan di Sabah,” katanya.
Beliau mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar bahawa beliau takut akan ditembak mati sebaik sahaja melangkah keluar dari Dewan Rakyat menunjukkan betapa tidak selamat lagi negara kita.
“Keselamatan yang tergugat di Sabah adalah kegagalan terbesar kerajaan pusat dan ia kini menjadi mimpi ngeri untuk ahli parlimen dari Barisan Nasional,” katanya lagi.
Oleh itu beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor mengulangi cadangan partinya supaya Kementerian Dalam Negeri Sabah ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal imigresen, pendaftaran negara dan PDRM sebelum keadaan keselamatan menjadi lebih buruk lagi.
“Peristiwa tembak menembak dan keganasan di Semenanjung telah membuktikan bahawa agensi-agensi persekutuan yang bertanggungjawab untuk keselamatan tidak dapat mengendalikan keselamatan rakyat di Semenanjung,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.