`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 19, 2013

Anih ada kata kerajaan nak bawa masuk 1.0 juta pendatang Bangla



Blog pro-PR Kerengga SINI memetik penulis akhbar Inggeris Selena Tay melaporkan pada Ogos 23hb bahawa "mulai tahun hadapan Kerajaan BN akan membawa masuk 1.3 juta pekerja dari Bangladesh". Sementara itu, katanya ada akhbar harian yang lain melaporkan "1.4 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk (akhbar bertarikh 22hb Ogos 2013)."

Dia menimbulkan kerisauan bahawa anggka pendatang Bangla Desh itu agak besar kerana jumlah pekerja asing akan merupakan lebih kurang 10% dari jumlah penduduk negara Malaysia yang berjumlah 28 juta orang. Itu tidak termasuk jumlah pekerja asing yang datang tanpa izin.



Untuk membetulkan blogger pro PR itu, Selena Tay bukan penulis akhbar tapi kolumnis maha hebat dalam hal spin untuk Free Malaysia Today. Biasalah pembangang selalu cuai dalam pemberian fakta.



Mutakhir ini, pembangang memang sedang cuba mereka-reka spin menggunakan tema Bangla Desh, Dari masa keputusan pilihanraya dan pembohongan anwar bahawa ada 40 ribu pendatang Bangla telah mengundi hingga terkini tentang pengaliran wang pulang ke Bangla Desh [baca SINI] dan tarikan malaysia kepada pekerja Bangla. [Baca SINI]

Itu hal pembangkang yang maklumat tidak berapa sahih tetapi ada maklumat sampai ke perhatian Unspinners dari sumber-sumber yang diperccayai bahawa ada kelulusan sedemikian untuk 1 juta pndatang Bangla Desh. 


Namun begitu, agak pelik dan hairan kerana mutakhir ini, pihak KDN sedang giat melakukan Ops Warga Asing. Contohnya,  Dato Zahid sendiri mengumumkan 2,433 PATI telah ditahan dalam Ops 6P. Baca UMNO Online SINI.

Di Kuching, 90 pekerja asing ditahan di Kuching. Baca Borneo Post SINI. Juga tangkapan yang dilaporkan MyKMU SINI.


Yang menjadikan operasi-operasi ini tidak meyakinkan adalah ada kenyataan yang menawarkan pemutihan kepada pendatang yang ditangkap. Tak ingat pihak yang membuat kenyataan kerana berita SMSnya yang beberapa minggu lepas sudah hilang.

Ini hanya mengingatkan kita akan kenyataan Tun Dr Mahathir yang menjawab tuduhan dia memberi kerakyatan pada pendatang tanpa izin Sabah dengan mengingatkan zaman Tunku Abdul Rahman pernah berikan 1 juta pendatang yang tidak layak dari segi Perlembagaan Tanah Melayu untuk diberi kerakyatan.

Harap ada penjelasan dari pihak berwajib

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.