`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 18, 2013

PemerKOsaan Ekonomi Melayu(bah 2)


Dalam artikel pertama atas tajuk ini dahulu, saya sudah menyatakan bahawa program pemerkasaan ekonomi Bumiputera adalah DEB dengan Dendaman. (NEP with a vengeance). Ianya akan memberi peluang kepada Putera-firsters untuk mengaut kekayaan sementara memberi khidmat-bibiran(lip service) kepada bangsa Melayu keseluruhan nya. Maka itu sebab saya katakan-pemerkasaan akan jadi pemerKOsaan.

Pada tahun 1970, pegangan kekayaan Melayu ialah 2%. Hari ini mengikut sebutan Dato Najib ianya 23%. Ertinya untuk mencapai pertambahan 21%, kita perlukan 43 tahun diperintah oleh UMNO. Adakah Najib kata untuk membaiki keadaan bangsa kita, kita mesti dinaungi oleh pimpinan UMNO? Adakah syarat kemajuan bangsa Melayu ialah mesti memilih UMNO? 

Kalau begitu baik orang Melayu/Islam gantikan ungkapan-sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk UMNO.

Jika demikian, mari kita lihat apa yang UMNO telah lakukan dan dengan rekod tersebut boleh atau tidak kita harapkan pimpinan UMNO?

Dalam tempoh itu, 90% pembuat keputusan dan dalam setengah tempat 100% adalah Melayu, tapi Melayu tetap miskin dan ketinggalan. Hampir semua pegawai daerah dari bangsa Melayu; hampir semua pengarah jabatan2 kerajaan ialah Melayu, TKSU dan KSU hampir semua Melayu, polis dan tentera- Melayu, Raja2 semua Melayu; gabenor semua Melayu, guru2 ramai Melayu. Bagaimana kita menarangkan sementara pembuat keputusan dan pembuat penentuan terdiri dari orang Melayu, tapi keadaan orang Melayu bawahan tidak berubah? Dan mereka yang diberi kuasa penentuan dan keputusan ini hampir semua diperakui dan disaringi oleh UMNO untuk menentukan mereka penyokong UMNO.

Jawapan nya mudah- mereka mendahulukan kepentingan peribadi dan kelompok daripada missi mengangkat marabat bangsa Melayu.

10juta Melayu dengan pendapatan RM1500 kebawah. Pemilikan asset bukan wang- kedai, bangunan dalam bandar oleh Melayu tidak lebih dari 5%. Ekwiti hanya 23%. Soalan cepu mas- apa yang pembuat keputusan ini lakukan selama 43 tahun? Ekwiti sebanyak RM54billion hampir habis dijual oleh bumiPUTERA- dari RM54billion tinggal RM2 billion.

Adakah kumpulan ini diberi peluang kedua untuk mengayakan diri?

Boleh atau tidak Najib membendung nafsu BumiPUTERA2 setakat menguasai 30%? Adakah bangsa Melayu yang berketuakan bumiPUTERA UMNO yang akan merupakan 70% penduduk puas dengan hanya 30% kekayaan? Kenapa tidak 50% untuk menjadikan negara ini adil dan saksama? Jika pertambahan 21% memakan masa 43 tahun, pertambahan dari 2% kepada 50% akan masa berapa lama?

Kedua, jika tidak ada DEB, mustahilkah ekonomi Melayu berkembang mengikut kadar progress yang natural? Melayu bukan bodoh dan bukan tidak respurceful. Mereka bukan tidak mahu berkerja kuat. Yang malas tetaplah malas. Tapi yang rajin dan melayakkan diri mereka untuk mendapat justifiable economic rewards pun ada.  

Pemimipin UMNO menganjur orang Melayu berlawan dan bergaduh dengan orang Cina. Mereka tidak sebut dan cerita bahawa rakan kongsi mereka adalah bangsa Cina. Pemimpin UMNO tidak sebut bahawa majority project delivery partner (PDP) dia dalam usaha Penghulu Decepticon Najib, melaksanakan langkah2 ETP nya  terdiri dari bukan Melayu. Project Wellness Village oleh Country Heights yang menelan belanja 3.2 billion adalah bansga Cina. Projek MRT dipenghulukan oleh syarikat milik Cina GAMUDA dengan dibantu oleh proxy UMNO-syed MOkhtar Bukhari. Orang atasan dan bangsawan boleh pula bermuafakat dengan bansga Cina tapi Melayu bawahan dianggap sebagai tidak ada keupayaan berkejasama dengan bangsa cina?

Cina2 di daerah Raub yang berurusan dengan Melayu di Raub tidak menunujkkan mereka akan bangkit membunuh dan merampas hak orang melayu jika ada peluang. Benarlah Cina ini berbeza dengan Melayu- tapi perbezaan antara mereka dengan kita dijadikan alasan dan justifikasi berkelahi dan bergaduh? Bahkan saya lihat ramai orang Cina diRaub dijadikan sumber meminjam wang dan mencari perkerjaan oleh orang Melayu. Kerajaan yang dipmpin oleh Melayu UMNO buat apa?

Saya akan beritahu pembaca apa pemimpin UMNO Raub buat dalam artikel yang akan datang.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.