Peruntukan tambahan RM1.2 juta bangun prasarana di Yan
Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM1.2 juta untuk daerah Yan bagi pelaksanaan beberapa projek kecil seperti pemasangan lampu jalan, penurapan jalan dan pembinaan jambatan yang akan dilakukan serta-merta.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata peruntukan itu yang turut meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, dimohon oleh beberapa pihak sebelum ini termasuk pemimpin setempat.
"Projek-projek kecil itu harus diselesaikan dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program turun padang di Pekan Simpang Tiga, dekat Yan hari ini.

Turut hadir Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kedah Badrol Hisham Hashim serta Dr Ahmad Sohaimi Lazim, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Limau.Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.79 juta untuk daerah Yan tahun ini, termasuk RM800,000 bagi membina 24 unit ruang niaga di kawasan itu.
"Sejumlah RM1.5 juta juga telah disalurkan kepada Majlis Daerah Yan melalui pemberian geran tahunan iaitu sebanyak RM71,000 dalam bentuk sumbangan membantu kadar dan RM93,204 sebagai pemberian bantuan persekutuan bagi pembiayaan bil elektrik pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya.
Abdul Rahman berkata kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kerajaan Tempatan, telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM32,627,965 untuk kerajaan negeri Kedah melaksanakan 289 projek kemudahan awam, prasarana dan sosioekonomi.
Katanya pelaksanaan projek di daerah-daerah kecil didapati berjalan agak perlahan kerana projek kerajaan persekutuan harus melalui pelbagai proses.
Sehubungan itu kata Abdul Rahman, bermula tahun depan kementeriannya akan menggunakan mekanisme baharu yang membabitkan PBT secara langsung sekali gus memastikan kelancaran projek.
-Bernama

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.