`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 14, 2014

MIC SUDAH BERANG!!! Mahu Polis dan UMNO ambil tindakan kepada Si Penumbuk Kamalanathan

MIC hari ini menggesa tindakan diambil ke atas ahli Umno yang menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan (gambar) dalam satu mesyuarat di Hulu Selangor pada Ahad lalu.

 Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap ahli Pemuda Umno Hulu Selangor dan menggesa polis campurtangan untuk mengambil tindakan.

 “Lelaki ini telah mengundang malu kepada seluruh sayap pemuda Barisan Nasional (BN) dengan apa yang telah dilakukannya. Kepimpinan Umno mesti campurtangan dan mengambil tindakan terhadap ahli tersebut.

 “Dia juga mesti diarahkan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan,” katanya.


 Insiden tersebut dilaporkan berlaku dalam satu mesyuarat cawangan Umno di Hulu Selangor pada Ahad yang mana Kamalanathan selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor turut menghadiri mesyuarat itu.

 Timbalan menteri itu dilaporkan dikasari selepas lelaki berkenaan berang kerana Kamalanathan tidak mengendahkan permintaan pertukaran anaknya yang juga merupakan seorang guru dari Johor ke Hulu Selangor.

 Ketua Polis Hulu Selangor Supritendan Shukri Yaacob berkata Kamalanathan membuat laporan polis selepas kejadian itu dan polis masih menyiasat. – 13 Januari, 2014.MI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.