`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, January 16, 2014

Polis Temerloh Giat Banteras Ah Long Habis-Habisan !


TEMERLOH - Polis akan mempergiatkan ‘Ops Vulture’ yang dilaksanakan sebelum ini bagi membanteras aktiviti ah long sepanjang tahun ini. Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, operasi itu akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun melibatkan kerjasama pelbagai pihak seperti Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan agensi penguat kuasa lain yang berkaitan. Menurutnya, melalui Ops itu pihak berkuasa akan melakukan operasi, rondaan dan pemantauan bagi membanteras kegiatan ah long di daerah ini termasuklah membanteras kegiatan menampal poster iklan pinjaman wang ah long. “Kami menasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak terlibat dalam kegiatan ah long termasuklah menampal iklan ah long yang juga boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM20,000 dan penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya selepas operasi membanteras poster along di sekitar Temerloh di sini, pagi semalam. Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, Asisten Supritendan Willims Fernandez dan Pegawai Penguatkuasa Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Jofri Tajuddin. Seramai 10 pegawai dan 15 anggota polis serta 11 penguatkuasa MPT terlibat dalam operasi selama dua hari bagi menanggalkan poster ah long di sekitar Temerloh dan Mentakab bermula semalam, Abdul Aziz berkata, tindakan boleh dikenakan kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan along mengikut Seksyen (5) (2) Akta Pemberi Pinjaman Wang (APPW) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.