`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 24, 2017

Najib pertahan 1MDB, jimat RM200 bilion untuk Malaysia

Perdana menteri turut menyelar dasar perjanjian berat sebelah 'seorang pemimpin' sebelumnya, dipercayai merujuk Dr Mahathir.
najib-razak-1mdb-rakyat-malaysiaKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dalam penulisan blognya 3 hari sebelum pembentangan Bajet 2018 Jumaat ini.
Perdana menteri berkata 1MDB sebenarnya memainkan peranan membetulkan perjanjian berat sebelah melibatkan industri jana kuasa elecktrik yang ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin, dipercayai merujuk bekas perdana menteri yang kini menjadi seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk ‘Tiada lagi perjanjian pilih kasih’,” katanya dalam catatan panjang blog di bawah tajuk “Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia”.
Menurut Najib, 1MDB turut membiayai pembinaan 8 pangkalan tentera, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh kerajaan sebelum ini, di samping memberikan beribu-ribu biasiswa dan menaja jemaah haji.
“Memang benar bahawa 1MDB mempunyai masalahnya, dan kita telah mengambil tindakan merombak pengurusan untuk membetulkan kesilapan dan mengembalikannya kepada keadaan kewangan yang baik,” katanya.
Najib turut mempertahankan dasar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April 2015.
Menurutnya, kadar 6% lebih rendah berbanding negara lain.
“Anehnya, pihak pembangkang mendakwa tidak memahami perkara ini. Mereka mahu memansuhkan GST – tetapi tanpa cadangan bagaimana mereka akan menggantikan RM41 bilion yang dijana oleh GST pada tahun lalu,” kata Najib.
Najib akan membentangkan Bajet 2018 pada Jumaat ini, dalam apa yang disifatkan sebagai “bajet pilihan raya” memandangkan ia belanjawan terakhir sebelum pilihan raya umum yang mesti diadakan menjelang separuh tahun depan. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.