`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, March 1, 2026

Lelaki 44 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak

 Siasatan mendapati mangsa tiada sejarah gigitan anjing atau kucing, namun sering memberi makanan kepada anjing liar dan memelihara 15 ekor anjing di rumahnya.

mayat
Ini menjadikan keseluruhan 91 kes dengan 84 kematian sejak wabak rabies diisytiharkan pada Julai 2017. (Gambar Pixabay)
KUCHING:
 Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengesahkan satu kematian akibat rabies membabitkan lelaki 44 tahun di negeri ini, menjadikan keseluruhan 91 kes dengan 84 kematian sejak wabak itu diisytiharkan pada Julai 2017.

Mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar dan tinggal bersendirian di Kota Samarahan, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak Rabu lalu.

Menurutnya, mangsa mula mengalami gejala sukar berjalan, hilang selera makan, sakit lutut kanan, badan lemah serta pening pada 15 Feb lalu, sebelum dibawa ke Pusat Jantung Sarawak dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada hari sama.

“Pesakit dimasukkan ke wad perubatan dan keadaannya semakin merosot sebelum diberikan bantuan pernafasan pada 22 Feb lalu,” katanya dalam kenyataan.

Siasatan mendapati mangsa tiada sejarah gigitan anjing atau kucing, namun sering memberi makanan kepada anjing liar serta memelihara 15 ekor anjing di rumahnya.

“Seekor anjing peliharaannya dilaporkan mati awal bulan ini dan ditanam jiran, manakala 14 ekor lagi diasingkan untuk pemantauan lanjut.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.