`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, October 30, 2026

Senator gesa JPA teliti kelonggaran cuti tanpa rekod Deepavali

 Gesaan Dr RA Lingeshwaran susulan pertindihan tarikh perayaan dengan cuti hujung minggu.

Lingeshwaran
Senator Dr RA Lingeshwaran berkata sambutan Deepavali tahun ini jatuh pada Ahad manakala Isnin adalah cuti umum gantian di negeri berkenaan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang senator menggesa kerajaan meneliti pemberian kelonggaran khas cuti tanpa rekod (CTR) kelompok kepada penjawat awam beragama Hindu susulan pertindihan tarikh sambutan Deepavali pada 8 Nov ini dengan cuti hujung minggu.

Dr RA Lingeshwaran berkata, sambutan Deepavali tahun ini jatuh pada Ahad manakala Isnin adalah cuti umum gantian di negeri berkenaan.

Justeru, beliau merayu perdana menteri mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji dan memberikan pertimbangan positif berhubung isu itu.

“Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada penjawat awam beragama Hindu dapat menikmati kemudahan CTR kelompok sepenuhnya.

“Saya berharap permohonan ini mendapat pertimbangan positif demi kebajikan penjawat awam beragama Hindu.

“Dengan ini, mereka dapat membuat persiapan dan menyambut Deepavali bersama keluarga dengan lebih bermakna,” katanya dalam kenyataan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.