`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 16, 2014

[PANAS] Najib & UMNO Terkangkang Isu Kangkung, Lamanweb #BBCTrending Disekat!

Setelah isu kangkung membahang beberapa hari ini sehingga ke peringkat antarabangsa, kerajaan Malaysia telah menyekat pautan ke lamanweb laporan BBC (UK) #BBCtrending: Be careful what you say about spinach.

Isu "kangkung" telah menjadi bahan ejekan di Internet, sensasi ekoran ucapan perdana menteri berhubung penurunan harga kangkung sehingga menarik perhatian media antarabangsa berkenaan.

Agensi berita BBC tersebut di bawah segmen trending beritanya melaporkan bagaimana Najib dikritik kerana mengeluarkan kenyataan mengenai kangkung.

“Ketika kerajaan dikritik kerana peningkatan harga barangan asas seperti bahan api dan elektrik, beliau (Najib) pilih untuk ketengahkan pengurangan kos sayur kangkung,” laporan itu dipetik.

Laporan itu juga menyebut, perlbagai pendekatan diambil rakyat Malaysia sebagai reaksi kepada ucapan Najib itu, termasuk ratusan ribu tweet, pembukaan laman Facebook dan ciptaan remix komen perdana menteri di YouTube.

Selain itu, BBC juga melaporkan kewujudan lirik lagu popular dan tradisional selain penjualan kemeja-t sinikal dengan tulisan “Keep calm and eat kangkung” (bertenang dan makan kangkung).

Najib pada 12 Januari lalu dilaporkan berkata:

"Kalau harga sayuran naik, sawi naik, kangkung naik, ada masa dia naik, ada masa dia turun. Hari ini dalam surat khabar, saya baca, ada yang dah turun...."

“Kangkung dulu naik, sekarang ini dah turun. Bila turun apa pasal tak puji kerajaan? Bila naik salahkan kerajaan. Ini tidak adil sebab ini adalah (ekoran) keadaan, cuaca..."

Walau bagaimanapun pihak yang menyekat laporan BBC tersebut menganggapkan semua rakyat Malaysia buta I.T. kerana orangramai masih boleh mengakses lamanweb tersebut menggunakan proxy dan juga mencarinya di google cache dan webarchive.org




"Printscreen" penuh lamanweb tersebut juga telahpun tersebar luas dan boleh diakses di SINI

Sementara blog GB telah membuat "printscreen" beserta sebahagian terjemahan & ulasan seperti di bawah.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.