`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, January 16, 2014

PEMECATAN AZMIN ALI SEBAGAI LEMBAGA PENGARAH PKNS TIDAK SAH KATA DSAI ... MB SELANGOR DINASIHATKAN AGAR AZMIN ALI DI KEKALKAN!!!



Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengekalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dikekalkan sebagai Lembaga Pengarah PKNS.

Anwar berkata Azmin perlu dikekalkan kerana keputusan yang dibuat untuk menggugurkan ADUN Bukit Antarabangsa itu tidak mengikut peraturan.

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendakwa keputusan untuk menamatkan khidmat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dibuat oleh Mesyuarat Exco Selangor dan bukannya keputusan daripada kepimpinan tertinggi PKNS.

Melalui satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu dan dibuat selaras dengan mesyuarat Exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu.


"Merujuk kepada isu jawatan Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Perbadanan PKNS yang dilaporkan di media, PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada beliau bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.


“PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan MMKN (Mesyuarat Exco) dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS,” katanya.


Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang mengatakan pengguguran Azmin ada kaitan dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadualkan Mei ini.


Abdul Khalid berkata, ini kerana keputusan tersebut pada permulaannya tidak dibuat oleh kerajaan negeri sebaliknya oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar. 


"Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tidak buat keputusan itu," katanya.


Terdahulu PKR Selangor sebelum itu menuntut penjelasan Khalid berhubung pengguguran Azmin itu atas alasan mereka tidak dimaklumkan awal dan ia bertentangan dengan keputusan kongres PKR tahun lalu yang memutuskan semua lantikan politik, termasuk pengguguran perlu mendapat sokongan parti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.