`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 22, 2017

Dr Mahathir Punca Segala Kerosakan – Hadi


(Utusan) – Pas menyifatkan mereka yang mengundi DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) seumpama bersetuju dengan ‘kezaliman’ yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad di negara ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana Pengerusi PPBM itu adalah penyebab kerosakan sistem negara apabila mengurangkan hak dan kuasa Melayu-Islam dan Majlis Raja-Raja, mengamalkan demokrasi tempang dan mentadbir negara secara diktator serta mengamalkan politik wang.
Katanya, Dr. Mahathir perlu segera bertaubat di atas segala kesalahannya kerana beliau adalah penyebab kerosakan kepada sistem negara ketika ini.
“Selayaknya Dr. Mahathir bertaubat kerana dialah penyebab kerosakan sistem negara. Semua kesalahan ini dia tidak me­ngaku dan tidak minta maaf kepada mangsa, bahkan masih lagi mempertahankan salahlakunya,” katanya seperti dipetik Harakah Daily semalam.
Abdul Hadi menambah, perkara tersebut jelas menunjukkan Dr. Mahathir tidak jujur dalam perjuangannya untuk menyelamatkan Malaysia.
“Yang dia mahu jatuhkan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja. Hakikatnya, mengundi DAP, PKR, PAN, PPBM adalah mengundi dan mengiakan kezaliman Dr. Mahathir,” tegasnya.
Mengenai polemik hubungan politik Pas-UMNO yang sering diperkatakan, menurut Abdul Hadi, Pas mengambil pendekatan tahaluf siyasi dan taawun bagi menghadapi pilihan raya umum iaitu bekerjasama dengan parti-parti dalam Gagasan Sejahtera bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan diketuai DAP.
“Adapun dengan UMNO-BN, kita mengambil pendekatan taawun iaitu menyokong apa yang baik dan positif demi ke­utamaan Islam dan Melayu dan kita membantah apa yang negatif dan salah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.