Tan Sri Zam hilang percaya dan mula serang Tan Sri Zeti. Dia tuntut Zeti letak jawatan.
Ada yang tak percaya pada IGP dan AG.
Macam DAP dulu pula tak percaya MACC untuk tutup kes Teoh Beng Hock.
Dato Najib pula pihak pro Tun mahu dia letak jawatan. Ada suruh cuti. Pro Najib minta #NajibKekal
Pembangkang pula berniat hanya nak jatuhkan kerajaan hingga ada bekas pembangkang Wong Chen akui bahawa pembangkang sanggup menipu, putarbelit dan guna laporan palsu untuk kekal di parlimen. Baca Bigdog SINI.
Akhirnya siapa boleh percaya.
Akibat banyak sangat cerita dan kisah yang viral, banyak maklumat media yang orang tak percaya.
Sarawak report dan The Edge/TMI banyak buat pendedahan dan dengan munculnya penangkapan Xavier Justo, susah nak percaya dokumen yang ada di tangan mereka itu benar atau tidak.
WSJ mula dedahkan dokumen tapi ada tak percaya Dato Najib masukkan wang dalam akaun peribadi begitu besar jumlah. Ia pula ada latarbelakang banyak kena saman dan sebahagian tangan yang campurtangan dalam sebarkan berita bohong.
NST, BH, TV3 dan lain2 berita perdana dilihat pihak pro pembangkang sebagai bodek kerajaan dan pandangan sahih dari pihak rasmi mahu ditolak bontang=-bontang.
Media online seperti Malaysiakini, TMI, MMO, FMT dll banyak sangat spin.
Media parti seperti UMNO Online, Harakah, Rocket Online, dll dilihat terlalu cetek dari perspektif parti.
AKHIRNYA KENA PERCAYA SESUATU INSTITUSI. WALAUPUN ADA CACAT CELA, MASIH SELAMAT MEMPERCAYAI PIHAK BERKUASA. TAMBAH LAGI BILA IA MELIBATKAN 4 AGENSI BERSAMA.
DENGAN PELBAGAI DOKUMEN BOCOR MAKA SUSAH UNTUK MANA-MANA PIHAK TUTUP KEBENARAN.
Oleh itu, hati-hati dengan maklumat yang diterima online tentang 1MDB.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.