`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, February 12, 2026

Anggota badan ditemui dalam tong sampah dipercayai milik mangsa sama

 Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum bahagian tubuhnya dibuang di kawasan rumah kedai.

police line
Polis masih berusaha mengenal pasti identiti mangsa.
KOTA KINABALU:
 Polis mempercayai beberapa bahagian tubuh manusia yang ditemukan dalam tong sampah dan sekitar kawasan rumah kedai Indah Permai di Menggatal, pagi tadi milik seorang individu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata pihaknya menerima maklumat awal kejadian kira-kira 8 pagi dan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Identiti mangsa setakat ini belum dapat dipastikan dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti identiti dan mengesan waris terdekat.

“Berdasarkan pemerhatian awal, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum bahagian tubuhnya dibuang di kawasan rumah kedai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syed Lot berkata siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bagi mengenal pasti punca kematian, modus operandi kejadian serta individu terlibat.

Beliau berkata Pasukan Forensik Kontinjen Sabah, Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I dan Unit Anjing Pengesan (K9) menjalankan pemeriksaan terperinci di lokasi bagi mengumpul bukti dan membantu siasatan.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I dan bedah siasat akan dijalankan esok,” katanya.

Syed Lot meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ASP Rahman menerusi talian 012-310 6882 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu 088-529 222. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.