`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, February 12, 2026

Menteri kongsi kemajuan laporan kajian akta ibu kota

 UIAM telah kemuka laporan awalan dan laporan interim berkait kajian Akta Ibu Kota Persekutuan, menurut JWP.

kl skyline
Kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di ibu kota termasuk pemilihan datuk bandar KL dikatakan telah dijalankan sejak Disember. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Pasukan penyelidik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedang menyediakan draf laporan akhir kajian Akta Ibu Kota Persekutuan, menurut hantaran menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Awal bulan lalu, Hannah Yeoh berkata kajian kebolehlaksanaan bagi mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan di ibu kota termasuk pemilihan datuk bandar Kuala Lumpur telah dijalankan sejak Disember, ketika pentadbiran menteri sebelum ini.

“Kajian belum bermula? Sila baca butiran. Terima kasih,” kata Yeoh di platform X.

Terdahulu, Presiden UIAM Abdul Rashid Hussain dilapor berkata UIAM masih belum memulakan kajian kebolehlaksanaan pilihan raya datuk bandar Kuala Lumpur.

Utusan Malaysia memetik beliau sebagai berkata UIAM hanya diarahkan untuk buat kajian akademik, dan pihaknya memerlukan pengesahan daripada pihak yang melantiknya tentang apa yang mereka hendak daripada kajian itu.

Menurut kenyataan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dikongsi Yeoh petang tadi, pihak UIAM perlu menyediakan empat laporan iaitu laporan awalan, laporan interim, draf laporan akhir, dan laporan akhir dalam tempoh Disember 2025 hingga Mac 2026.

Sehingga kini, UIAM telah mengemukakan laporan awalan dan laporan interim masing-masing pada 16 Dis tahun lalu dan 27 Jan lepas, dan dibentangkan kepada JWP pada 12 Jan dan 28 Jan, katanya.

“Pihak UIAM sedang dalam peringkat menyediakan draf laporan akhir untuk dibentangkan kepada JWP,” katanya.

Menurut JWP, pasukan penyelidik terbabit dilantik oleh JWP pada 1 Dis tahun lepas.

Terma rujukan kajian merangkumi analisis dasar; sejarah perundangan; perundangan berkaitan; dan kajian perbandingan undang-undang luar negara bagi mengenal pasti serta menilai kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota Persekutuan.

Yeoh sebelum ini menegaskan kajian perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap cadangan mengadakan pilihan raya datuk bandar Kuala Lumpur susulan bantahan beberapa pihak. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.