Tiada lagi tekanan daripada sisi apabila Bersatu memecat Hamzah Zainudin, kata penganalisis.

Mengulas pemecatan Hamzah sebagai orang nombor dua parti, Felo Majlis Professor Negara Azmi Hassan berkata langkah itu sudah dijangka “kerana itu sahaja pilihan yang ada” untuk Muhyiddin.
Beliau tidak menolak kemungkian ‘pemberontakan’ di peringkat akar umbi memandangkan pengaruh Hamzah dalam parti, namun “yang penting adalah Muhyiddin dapat mengawal Bersatu”.
“Itu yang penting. Tiada lagi dikatakan tekanan-tekanan daripada sisi, daripada dalaman yang akan berlaku,” katanya kepada FMT.
Pemecatan itu berlatarkan kemelut kepimpinan antara Muhyiddin dan Hamzah. Menurut surat dilihat FMT, lembaga disiplin mendapati Hamzah melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.
Penganalisis, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, meramalkan kesan yang lebih besar sekiranya semua Ahli Parlimen yang pernah mendesak Muhyiddin berundur dipecat.
Media pernah melaporkan seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan kepada gesaan Naib Presiden Ronald Kiandee supaya Muhyiddin meletek jawatan presiden.
“Jika mereka dipecat, Bersatu akan lumpuh, Perikatan Nastional kehilangan blok besar, dan pembangkang menjadi lemah serta terpecah,” katanya.
Beliau berkata situasi itu memberi kesempatan kepada PAS untuk mengukuhkan kedudukan sebagai parti dominan. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.