`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, February 13, 2026

Remaja 18 tahun ditahan disyaki buang bayi di tandas awam

 Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berkata, remaja itu ditahan di Hospital Melaka ketika terima rawatan kerana pendarahan akibat lahir anak.

baby bayi
Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berkata suspek dipercayai melahirkan bayi itu di rumah sebelum menaiki motosikal dan meninggalkan anaknya di sebuah tandas awam.
PETALING JAYA:
 Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ditahan susulan penemuan mayat bayi dipercayai baru dilahirkan di sebuah tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, Melaka pada pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berkata, remaja yang masih bujang itu ditahan di Hospital Melaka ketika sedang menerima rawatan selepas dipercayai mengalami pendarahan akibat melahirkan anak.

Dzulkhairi berkata, remaja berkenaan dipercayai melahirkan bayi perempuan itu sekitar 8.30 malam tadi di rumah keluarganya.

“Siasatan awal mendapati ahli keluarganya tidak menyedari remaja itu mengandung dan keterangan awal mendapati suspek mengaku melahirkan bayi berkenaan yang didakwa sudah tidak bernyawa di rumahnya.

“Remaja itu kemudian menaiki motosikal dan meninggalkan mayat bayi berkenaan di tandas awam yang terletak kira-kira 2km dari kediamannya,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Dzulkhairi berkata, remaja itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara sulit membuang mayat bayi.

Terdahulu media melaporkan, mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui seorang tukang cuci ditinggalkan di dalam tandas awam berkenaan pada 9.40 pagi tadi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.