`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, February 13, 2026

Roboh kuil di Rawang: Fadhli tegur pemimpin Gerakan supaya kaji fakta

 Ahmad Fadhli Shaari berkata Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong perlu meneliti fakta sebelum beri pandangan.

Ahmad Fadhli Shaari dan Oh Tong Keong tile pic 13226
Ahmad Fadhli Shaari menegur kenyataan Oh Tong Keong berhubung insiden meroboh kuil dibina tanpa ikut peraturan di Rawang.
PETALING JAYA:
 Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menegur Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong supaya mengkaji fakta terlebih dahulu sebelum memberi pandangan berhubung isu perobohan kuil Hindu dibina tanpa ikut peraturan di Rawang.

Fadhli berkata perobohan kuil yang dibina secara tidak sah itu telah dipersetujui tuan tanah dan dilaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) terlebih dahulu.

“Kaji fakta kes terlebih dahulu sebelum keluarkan pandangan. Pertama, tanah itu ada pemilik yang sah dan tindakan dilakukan atas kebenaran, bahkan permintaan tuan tanah.

“Kedua, laporan kepada PBT telah dikeluarkan oleh tuan tanah dan surat telah dikeluarkan oleh PBT yang menegaskan tindakan perlu diuruskan oleh tuan tanah, dan proses itu telah berlaku bertahun-tahun,” katanya di Facebook.

Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata tindakan sama juga mungkin dilakukan Oh jika ada mana-mana pihak bertindak membuat binaan haram di atas milik peribadi pemimpin Gerakan itu.

“Soalan saya jika tanah anda, saudara Oh Tong Keong sendiri dicerobohi binaan haram, bolehkah anda bersabar walaupun sehari?” soal Fadhli.

Semalam, Oh berkata kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap empat individu meroboh kuil di Rawang, bagi mengelakkan amalan mengambil undang-undang sendiri menjadi kebiasaan.

Beliau berkata insiden itu bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menghina agama serta menyinggung perasaan penganut.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah kuil di Rawang yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.