`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, February 2, 2026

Usai lawatan Johor, Anwar pulang ke ibu negara naik ETS3

Perdana menteri dan keluarga naiki ETS3 dari JB Sentral pada 4 petang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama isteri, Dr Wan Azizah Ismail, naiki ETS3 pulang ke Kuala Lumpur petang ini. (Gambar Bernama)
JOHOR BAHRU:
 Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluahkan rasa syukur selepas dua hari menikmati lawatan santai bersama keluarga di Johor sambil menyelami khazanah sejarah dan budaya negeri selatan tanah air itu.

“Alhamdulillah Johor, (selesai) melawat,” katanya ringkas sebelum berlepas pulang dari Stesen JB Sentral ke Kuala Lumpur.

Beliau turut ditemani isteri, Dr Wan Azizah Ismail, dan diiringi Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Afzar Zakariya.

Perdana menteri dan keluarga tiba di JB Sentral pada 3.27 petang sebelum menaiki perkhidmatan ETS pada 4 petang.

Anwar turut meluangkan masa berbual serta bergambar bersama pengunjung dan kakitangan di terminal berkenaan.

Beliau tiba di Johor Bahru kira-kira 3.10 petang semalam dengan menggunakan perkhidmatan sama.

Ketika lawatannya ke Johor, perdana menteri meluangkan masa melawat Zoo Johor bersama cucu-cucunya, beramah mesra dengan pengunjung dan menerima penerangan mengenai perkembangan semasa premis tersebut.

Beliau turut berharap agar zoo berkenaan terus diperkasakan sebagai aset rekreasi, pendidikan dan warisan negeri yang memberikan manfaat kepada rakyat.

Pagi tadi, Anwar melawat Muzium Diraja Abu Bakar yang menghimpunkan khazanah diraja serta warisan sejarah dan kebudayaan Kesultanan Johor.

Dalam hantaran Facebook, beliau memuji usaha kerajaan negeri atas ikhtiar berterusan dalam menaik taraf aset warisan serta memperhebat tarikan pelancongan negeri sejajar aspirasi Tahun Melawat Johor 2026 (TMJ2026). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.