LLM berkata pihaknya sedang pulihkan kestabilan dan menambah keupayaan tampung pertambahan pengguna.

Sambil memohon maaf atas kesulitan berkenaan, LLM berkata pihaknya bersama penyedia aplikasi, Prosignal Consortium Sdn Bhd (PCSB) sedang mengambil tindakan mengenal pasti punca gangguan, memulihkan kestabilan, dan menambah keupayaan menampung pertambahan pengguna.
“LLM turut memberi perhatian kepada maklum balas pengguna berhubung fungsi navigasi, ketepatan maklumat laluan, dan pengalaman penggunaan.
“Penambahbaikan akan terus dilaksana bagi memastikan TuJu dapat memberikan perkhidmatan lebih stabil, tepat dan mesra pengguna,” katanya dalam kenyataan.
TuJu diperkenalkan pada 26 Nov 2025 merupakan aplikasi navigasi lebuh raya dibangunkan oleh PCSB dengan kerjasama LLM.
Semalam, penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi mengelakkan maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna disalahgunakan Israel.
Keputusan dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi melindungi maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat daripada ancaman keselamatan.
Anwar turut menyarankan rakyat beralih kepada TuJu, mengambil kira jaminan keselamatan dan perlindungan data peribadi ditawarkan. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.