`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, February 14, 2026

Jangan sertai himpunan pemimpin dipecat, ahli Bersatu diberi amaran

 Setiausaha Bersatu Agung Azmin Ali berkata ahli yang terlibat berdepan tindakan disiplin di bawah Fasal 22.1 Perlembagaan parti.

azmin
Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata menjadi satu kesalahan bagi ahli bersekongkol dengan individu dan pihak yang bertindak bertentangan dengan perlembagaan parti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Bersatu memberi amaran kepada ahlinya supaya tidak terlibat atau menyertai sebarang perjumpaan atau perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan yang baru sahaja dipecat daripada parti.

Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali berkata, menjadi satu kesalahan bagi ahli bersekongkol dengan mana-mana individu dan pihak yang bertindak bertentangan dengan perlembagaan parti.

“Justeru itu semua ahli diberi peringatan tegas untuk tidak terlibat dengan sebarang bentuk perjumpaan atau perhimpunan yang dianjurkan oleh mereka yang dipecat lembaga disiplin parti.

“Penglibatan ahli dalam aktiviti kumpulan tersebut boleh menyebabkan mereka berdepan tindakan disiplin di bawah Fasal 22.1 Perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Amaran itu susulan beberapa pemimpin yang menyokong Timbalan Presiden Bersatu yang baru dipecat Hamzah Zainudin merancang mengadakan satu perhimpunan di Lembah Pantai tengah hari esok.

Perhimpunan itu dirancang diadakan beberapa jam selepas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dijadual mengadakan satu mesyuarat khas di kediaman Presiden Muhyiddin Yassin pada pagi esok.

Awal hari ini, Bersatu memecat Hamzah, yang juga ketua pembangkan, di tengah-tengah kemelut kepimpinan antara beliau dan Muhyiddin.

Selain Hamzah, Bersatu turut memecat 16 pemimpin termasuk tiga Ahli Parlimen iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.