`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, February 3, 2026

Motosikal terbabas, pelajar maut tercampak lubang pembetungan

Penunggang motosikal cedera ringan, manakala pembonceng meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tampin kira-kira 11.30 malam tadi.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari lubang pembetungan sedalam 10m. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
 Seorang pelajar Tingkatan 2 maut selepas motosikal dinaiki bersama abangnya terbabas menyebabkan mangsa tercampak ke lubang pembetungan sedalam 10m dekat Jalan Bunga Tanjung, Tampin.

Ketua Polis Tampin, Amiruddien Sariman, berkata dalam kejadian 10.10 malam tadi, motosikal Yamaha Y100 yang ditunggang remaja 17 tahun bersama adiknya berusia 14 tahun dalam perjalanan dari Pekan Tampin menghala Kuala Ina, selepas mereka selesai makan malam.

Jelasnya, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dan terus melanggar pembetung dalam pembinaan di bahu kiri jalan.

“Pelanggaran itu menyebabkan pembonceng tercampak ke dalam lubang pembetung. Mangsa kemudian dikeluarkan dengan bantuan bomba,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, penunggang itu cedera ringan, manakala pembonceng disahkan meninggal dunia kira-kira 11.30 malam ketika dirawat di Hospital Tampin.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta ke Balai Polis Trafik Tampin atau hubungi pegawai penyiasat Sritharan di talian 06-4412502 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.