`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026

Tuesday, May 26, 2026

Kelangsungan IPR turut bergantung kestabilan PN, kata bendahari PAS

 Justeru semua pihak perlu hormati kepimpinan baharu PN di bawah PAS sebagai pengerusi dan parti teras, kata Iskandar Abd Samad.

Iskandar Abdul Samad
Bendahari PAS Iskandar Abd Samad berkata, tanpa perasaan saling hormat menghormati antara parti komponen PN, ‘kestabilan tidak akan dapat dicapai’. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bendahari PAS Iskandar Abd Samad berkata, kelangsungan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) turut bergantung pada kestabilan Perikatan Nasional (PN), susulan gesaan supaya PAS mengutamakan kepentingan rakyat dalam mengatasi krisis gabungan pembangkang itu.

Mengulas kenyataan Presiden Parti Kemajuan Malaysia (MAP) P Waytha Moorthy kelmarin, Iskandar berkata, beliau memahami kebimbangan itu kerana kestabilan PN menjadi faktor penting kepada masa depan gabungan longgar parti pembangkang itu.

“Bagi memastikan kestabilan PN, semua pihak perlu menghormati kepimpinan baharu di bawah PAS sebagai pengerusi (Ahmad Samsuri Mokhtar) dan parti teras dengan jentera serta keahlian paling ramai.

“Tanpa perasaan saling hormat menghormati, kestabilan tidak akan dapat dicapai,” katanya kepada FMT.

Waytha menerusi Facebook kelmarin merayu semua pihak dalam PN, khususnya kepimpinan PAS, agar terus mengutamakan kesatuan dan kepentingan rakyat.

Beliau berkata demikian berikutan amaran Presiden PAS Hadi Awang pada Jumaat kepada Bersatu bahawa kesabaran parti Islam itu ‘ada batas’.

Ini susulan beberapa tindakan didakwa melanggar semangat setia kawan dalam PN, seperti kemelut kepimpinan negeri di Negeri Sembilan dan Perlis.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan, pendirian terbaru Bersatu yang didakwa tidak bersetuju dengan usaha membawa masuk parti Melayu-Islam dan parti bukan Islam yang tidak ekstrem ke dalam PN, turut menjadi isu.

Diketuai Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, IPR dianggotai 11 parti pembangkang termasuk PAS, Gerakan, Muda, Berjasa, Pejuang dan Putra.

Selain itu, MAP, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), dan Parti Bersepakat Untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai) turut terlibat.

Bagaimanapun, ketiadaan wakil PAS dalam mesyuarat IPR kebelakangan ini menimbulkan persoalan mengenai keanggotaannya.

Pada Mac lepas, Muhyiddin berkata, IPR perlu berkembang menjadi ‘hubungan lebih bermakna’ dalam kalangan parti sehaluan untuk kekal relevan menjelang PRU. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.