`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2026

Friday, May 22, 2026

YKM salur bantuan khas Kaamatan, Gawai

 Ismail Sabri Yaakob berkata bantuan RM300 akan dikreditkan terus ke akaun penerima mulai esok.

yayasan keluarga malaysia
Pengerusi Yayasan Keluarga Malaysia Ismail Sabri Yaakob menyantuni penerima bantuan menyambut Pesta Kaamatan tahun lalu.
PETALING JAYA:
Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) menyalurkan bantuan khas sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada 19 penerima.

Pengerusi Ismail Sabri Yaakob, berkata bantuan khas RM300 itu akan dikreditkan terus ke akaun penerima bermula esok.

“YKM kekal komited memberi bantuan kepada seluruh penerima bantuan yang akan menyambut perayaan terbesar atau terpenting di negara ini, termasuk sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, mencerminkan semangat Keluarga Malaysia.

“Saya berharap bantuan ini akan dapat meringankan beban setiap keluarga kerana kita mahu setiap penerima YKM dapat menyambutnya dengan kegembiraan bersama seluruh ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, penerima bantuan terdiri daripada anak-anak YKM dalam kalangan masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan Rungus di Sabah serta Dayak di Sarawak.

Bekas perdana menteri berkenaan turut menyeru komuniti setempat terutama di kawasan pedalaman membantu menyampaikan maklumat berkaitan bantuan tersebut kepada golongan terkesan akibat Covid-19.

Beliau berkata, mereka memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi YKM di talian 03-22027493. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.