`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, January 16, 2025

J-Kom dapat KP baharu

 

Free Malaysia Today
Ismail Yusop dilantik sebagai ketua pengarah J-Kom baharu, menurut catatan AKM. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Bekas senator, Ismail Yusop, dinaikkan ke jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).

Beliau, yang sebelum ini timbalan ketua pengarah (komunikasi komuniti) J-Kom, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Khairuddin Othman, yang ditamatkan perkhidmatan pada Sept 2024.

Pelantikan beliau dikongsikan di laman Facebook Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) hari ini.

Ismail juga merupakan timbalan ketua pengarah AKM, lapor Berita Harian.

Khidmat Khairuddin, yang juga bekas Adun Paya Jaras, berakhir enam bulan selepas dilantik pada Mac 2024 untuk menggantikan Muhammad Agus Yusoff.

Agus, seorang bekas pensyarah, meletak jawatan pada November tahun sama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.