`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, March 2, 2025

Bah Sabah pulih, semua PPS ditutup

banjir floods pps
Pegawai Daerah Telupid Celestine Jetony, berkata lima PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman penduduk terjejas bencana selamat didiami. (Gambar AP)

KOTA KINABALU

Banjir di Sabah pulih sepenuhnya dengan lima pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir, iaitu di Telupid ditutup pada 8 pagi tadi dan semua 350 mangsa daripada 102 keluarga yang mendiami PPS itu dibenarkan pulang.

Pegawai Daerah Telupid Celestine Jetony yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid dalam kenyataan, berkata semua PPS ditutup setelah pemeriksaan kawasan dan kediaman penduduk terjejas bencana selamat didiami.

“Berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi dalam JPBD, maka saya mengisytiharkan bahawa semua PPS ditutup 8 pagi…keadaan cuaca pagi ini mendung dan keadaan paras air semakin menurun,” katanya.

Hujan lebat pada petang Rabu lalu menyebabkan beberapa kampung di Paitan dan Telupid, dua daerah di kawasan pedalaman Sabah, terjejas banjir.

Ekoran itu, beberapa PPS dibuka di Telupid pada malam itu, manakala PPS di Paitan dibuka keesokannya, namun ditutup petang semalam kerana banjir semakin pulih. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.