`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, April 10, 2012

Senior Customs Officer caught for Khalwat ? (PEGAWAI KANAN KASTAM DITANGKAP KHALWAT?)


Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
KETIKA sibuk mengumpul bukti Datuk S dan tiga Datinnya, Paparazzi menerima panggilan telefon rakan lama Paparazzi daripada Putrajaya yang membongkar cerita panas Pegawai Kanan Kastam ditangkap khalwat di Putrajaya.
Pegawai Kanan ini dipercayai suami orang manakala pasangan khalwatnya hanyalah seorang Pembantu Sulit (PA) dan bertugas di pejabat yang sama di Jabatan Kastam dan Eksais Putrajaya.
Sekalipun mereka berlakon sebagai 'Suami Isteri' tetapi skandal songsang mereka telah lama dihidu jiran tetangga kerana sikap Pegawai Kanan berkenaan yang mengalahkan Datuk S, Kasanova yang suka memikat hati dara dan bertukar-tukar pasangan; tabiat yang dibawa dari tempat kerjanya sebelum ini.
Setelah lama menjalankan intipan, baru-baru ini Jabatan Agama Wilayah Persekutuan telah menyerbu dan memberkas Pegawai Kanan Kastam yang bernama Fazli @ Fauzi Baharom; manakala pasangannya bernama Nieza.
Tangkapan khalwat ini telah mencemarkan imej jabatan berkenaan kerana Pegawai Kanannya terlibat dengan kegiatan tidak bermoral; sinonim dengan Datuk S yang akan didedahkan identitinya tidak lama lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.