Bagi memastikan kekal berdaya saing di peringkat global, kemahiran dan ilmu sahaja tidak mencukupi. Kini, pengalaman baharu dan unik merupakan ciri menjadi keutamaan setiap pelajar.
Salah satu peluang terbaik untuk memperoleh pengalaman baharu adalah melalui Imperium International College (IIC).
Baru-baru ini, IIC menganjurkan program lawatan sambil belajar ke sebuah universiti berprestij di Cambridge, iaitu Anglia Ruskin University (ARU).
Program #CambridgexIIC 2023 itu membawa pelajar IIC melawat kampus ARU di Chelmsford. Sepanjang lawatan, pelajar berpeluang meneroka institusi tersebut dengan mengikuti latihan praktikal serta beberapa projek yang menguji kreativiti dan pemikiran kritis mereka. Melalui aktiviti itu, mereka menunjukkan peningkatan dalam kemahiran dan keupayaan untuk menangani cabaran peringkat global.
Pengurus Kerjasama Akademik dan Operasi ARU, Kate Cocksedge, menyambut dan mengalu-alukan kehadiran peserta IIC, terdiri daripada 66 pensyarah dan pelajar. Mereka berkunjung ke Anglia Ruskin University (ARU) di Cambridge, dan setibanya di sana, peserta menyertai pelbagai aktiviti yang sangat bermanfaat.
Program lawatan ini menyediakan kuliah-kuliah yang mendalam, interaksi bersama ahli fakulti ARU, serta peluang menikmati kemudahan bertaraf dunia yang ada di kampus universiti tersebut. Antara aktiviti menarik disertai oleh pelajar IIC termasuklah lawatan kampus dan bengkel berkaitan dengan topik Ethical Hacking Workshop, Business Disruptions and Challenges, dan Artificial Neural Networks.
Melalui bengkel-bengkel ini, peserta IIC memperoleh ilmu baharu tentang program-program universiti dan berpeluang mengaplikasikan hasil pembelajaran mereka dalam senario dunia sebenar dengan bantuan ahli fakulti ARU.
Satu lagi pengalaman manis semasa lawatan itu adalah kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif IIC, Anne Rajasaikaran, dan Pengerusi IIC, Tunku Dato’ Yaacob Khyra, yang turut hadir semasa sesi pembentangan di Fakulti Perniagaan ARU.
Dalam ucapannya, Anne berkongsi bahawa keutamaan IIC adalah untuk menyokong pelajar dan menyediakan persekitaran pembelajaran selesa bagi mereka. IIC berusaha memberikan yang terbaik kepada pelajar dan membantu mereka mencungkil potensi diri dengan mendapatkan ijazah daripada ARU sambil menimba pengalaman di luar bilik kuliah.
Lawatan ke Cambridge bukan sahaja memperkayakan ilmu dan pengalaman pelajar, tetapi juga membekalkan mereka dengan kemahiran penting untuk persediaan masa depan.
Bagi sesiapa yang berminat mengikuti perjalanan pendidikan transformatif seperti pelajar IIC, peluang ini tidak boleh dilepaskan. Ambillah langkah pertama ke arah masa depan yang cerah dengan menyertai komuniti IIC hari ini. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.