`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 23, 2023

Varian baharu Covid-19 tak dikesan di Malaysia

 

Dr Zaliha Mustafa menggalakkan individu layak menerima vaksin Covid-19 segera mendapatkannya sebagai perlindungan bagi mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan gejala teruk.

PETALING JAYA: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengesahkan tiada varian baharu Covid-19 BA.2.86 dikesan di negara ini, tetapi kementeriannya akan terus membuat pemantauan bagi mengekang penularannya.

Beliau menggalakkan individu layak menerima vaksin Covid-19 segera mendapatkannya sebagai perlindungan bagi mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan gejala teruk selain menasihatkan pemakaian pelitup muka.

“Terutama mereka yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak,” katanya menurut Berita Harian.

Ads by Kiosked

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan BA.2.86 sebagai varian di bawah pemantauan. Ia mempunyai 36 mutasi berbanding varian XBB.1.5.

Jujukan varian baharu Covid-19 yang turut dikenali sebagai “Pirola” itu julung kali dikesan di Denmark pada 24 Julai lalu, diikuti 31 Julai, iaitu hari sama ia ditemui di Israel. Satu lagi kes jangkitan varian sama di kesan di Amerika Syarikat awal bulan ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.