"Tambah lagi golongan pekerja yang TIDAK MENIKMATI KENAIKAN GAJI MINIMA (ia itu pekerja yang dapat gaji RM1,701.00 dan ke atas) akan terpaksa membebani kenaikan yuran tadika 25% itu TANPA SEBARANG KENAIKAN GAJI.
- (bila) gaji minimum RM1,700;
- gaji guru tadika tambah RM229.90 sebulan
- bayar KWSP RM221 sebulan
- bayar PERKESO RM27.85 sebulan
- Insurans Pekerjaan (SIP) RM3.30 sebulan
- JB : Yuran tadika, taska seluruh negara naik 20-25% tahun depan
- susulan gaji minimum RM1,700 sebulan berkuat kuasa 1 Februari depan.
- Persatuan Tadika Islam, Persatuan Pendidik, Persatuan Pengasuhan
- mengesahkan kenaikan yuran 4,500 ahli mereka susulan kenaikan kos
- Penasihat Kehormat kata 1,000 ahlinya seluruh negara naik yuran
- membabitkan gaji guru, kos makanan, bahan bantu mengajar, sewa, bil utiliti.
- ahli kami tidak jangka gaji minimum RM1,700 berlaku seawal tahun depan.
- 1,000 pengusaha tadika seluruh negara tersepit
- pengusaha tidak dapat sokongan mungkin tutup, kos operasi terlalu tinggi
- murid pernah berhenti kerana yuran naik kurang RM40 sebulan
- yuran tadika Melayu antara RM300 - RM350 sebulan
- tadika Cina yuran antara RM750 - RM900 sebulan
- risiko ibu bapa memilih taska tidak berdaftar
- pengguna akan merasai bebanan peningkatan kos sara hidup.
My Comments :
Saya ada sedikit cadangan bagi pemimpin goblok yang tak faham apa pun berkenaan ekonomi, bisnes atau kewangan untuk fikirkan kira-kira yang berikut ini. Why not naikkan Gaji Minima menjadi RM3,400 sebulan? Jadi double lah.
Bukankah Gaji Minima RM3,400 sebulan itu akan menarik sokongan lebih ramai pengundi B40 aka pengundi Melayu untuk bantu survival politik si goblok politik?
Kalaulah Gaji Minima naik jadi RM3,400 sebulan maka:
- (bila) gaji minimum RM3,400
- gaji guru tadika tambah RM460 sebulan
- bayar KWSP RM442 sebulan
- bayar PERKESO RM56.00 sebulan
- Insurans Pekerjaan (SIP) RM6.60 sebulan
Maksudnya bayaran EPF akan double, PERKESO double. Semuanya double.
Yuran tadika pun boleh dekat-dekat double.
Yuran tadika Melayu mungkin jadi antara RM500 - RM700 sebulan.
Serupa belajar ijazah perubatan atau ijazah kejuruteraan di universiti.
Lagi ramai anak Melayu akan berhenti masuk tadika.
Lagi banyak tadika "Islam" akan bungkus.
risiko ibu bapa memilih taska tidak berdaftar ??
Jeng Jeng Jeng !! taska tidak berdaftar ?? Macam taska ostard luar tabii itu??
Pemimpin yang makin tersepit tak tahu buat dasar dan memimpin negara nampak makin desperate. Pilihanraya makin dekat dan mereka takut akan kalah undi. Jadi mereka "lancarkan" dasar populis (populist politics) dengan memaksa sektor swasta tanggung beban bayar gaji minima yang lebih tinggi. This is a very bad idea.
Ini sebenarnya taktik pemimpin sebelum dulu juga. Parti lebai dulu pernah declare cuti am atas sebab remeh (nampak bulan di langit, hujan lebat di Pulau Pisang). Semuanya bertujuan memancing undi orang Melayu yang rata-rata adalah salary earners atau working class atau kerja kuli.
Tetapi kenyataan oleh persatuan dan pengusaha tadika dan taska bahawa mereka akan terpaksa naikkan yuran sebanyak 20 - 25% ini adalah direct effect daripada kenaikan Gaji Minima RM1,700.
Tambah lagi golongan pekerja yang TIDAK MENIKMATI KENAIKAN GAJI MINIMA (ia itu pekerja yang dapat gaji RM1,701.00 dan ke atas) akan terpaksa membebani kenaikan yuran tadika 25% itu TANPA SEBARANG KENAIKAN GAJI.
Golongan inilah yang akan terpaksa tanggung beban yang sangat berat.
Satu lagi perkara yang pasti akan berlaku ialah peluang kenaikan gaji bagi pekerja yang gaji lebih daripada Gaji Minima akan jadi tipis. Oleh kerana majikan terpaksa bayar Gaji Minima RM1,700 yang lebih itu, maka majikan akan kurangkan atau tunda kenaikan gaji bagi pekerja lain-lain yang gajinya sudah pun melebihi RM1,700 sebulan. Ini adalah untuk 'average the salary costs'. Maka kenaikan gaji pekerja lain pun akan terkesan.
Tapi mereka pun kena bayar juga tambahan yuran tadika 25% tadi. Hidup mereka akan jadi lagi susah.
Inilah akibat membuat dasar populis (untuk memancing undi) tanpa guna akal. Akhir sekali seluruh negara akan suffer.
Percayalah kalau yuran tadika naik, lepas ini harga bihun (atau mihun) akan naik. Harga kangkung akan naik, harga tambang akan naik, sewa bilik dan sewa rumah akan naik, segala-galanya akan naik. Kadar inflasi akan naik. (Sudah confirm pada tahun depan, kadar inflasi yuran tadika adalah 25%)
Jadi pekerja yang dapat Gaji Minima baru RM1,700 itu pun akan terus susah sebab harga semua barang akan naik. Net effect kenaikan Gaji Minima itu boleh jadi ZERO. Back to square one. Tidak ada kesan positif. Nothing was achieved.
Saya ada cadangan yang lebih mudah bagi kerajaan yang kurang pintar ini menarik sokongan semua pengundi dan menang pilihanraya.
Cadangan saya ini akan:
i. memberi kenaikan gaji secara percuma bagi 34 juta penduduk Malaysia.ii. mengurangkan harga barang dengan serta merta (termasuk kurangkan tambang bas, teksi, kurangkan harga ikan dan sayur. I guarantee this).
Caranya simple :
i. Batalkan semua jenis AP bagi mengimpot kereta dan semua jenis kenderaan bermotor.ii. Hapuskan semua jenis cukai, eksais, duti dan levi untuk mengimpot kereta dan diganti dengan satu jenis cukai sahaja sebanyak 15% FIXED RATE bagi mengimpot semua jenis kereta, lori, traktor, bas, van, motorsikal dan apa jenis kenderaan bergerak pun. All motor vehicles.
Kerajaan akan kehilangan sedikit hasil sahaja - a few billion Ringgit.
SEHINGGA KINI HARGA KERETA DAN KENDERAAN BERMOTOR DI MALAYSIA ADALAH TERLALU TINGGI - DUA, TIGA ATAU EMPAT KALI HARGA KERETA DI PASARAN DUNIA.
Contohnya di California harga Mercedes Benz C class dan CLA hanya RM201,000 hingga RM203,000 sahaja. Inilah harga pasaran dunia atau world market price.
Inilah harga yang berpatutan bagi kereta jenama Mercedes Benz di pasaran dunia. Tetapi di negara psycho kita pula harga kereta Mercedes Benz tinggi gila, hingga beratus ribu Ringgit lagi mahalnya.
Lojiknya begini : jika harga jualan kereta Mercedes Benz dalam negara kita mencerminkan harganya di pasaran dunia (yang jauh lebih murah itu) maka dengan serta merta harga kereta lain (Toyota, Honda, Proton, Perodua, Peugeot, BMW, Audi, BYD, Tesla) semuanya akan jatuh merudum juga. (Sebab AP di batalkan dan cukai impot dikurangkan jadi 15% FLAT RATE sahaja).
Bayaran bulanan kepada bank (untuk pinjaman car loan) bagi pengusaha teksi, pengusaha bas dan syarikat pengangkutan dan seterusnya bagi 34 juta penduduk negara akan berkurangan - sebanyak beratus atau beribu Ringgit setiap bulan. (Maksudnya sama dengan kenaikan gaji beratus atau beribu Ringgit sebulan - percuma. Majikan tidak perlu kena bayar gaji lebih pun. Gaji guru tadika tak perlu dinaikkan pun).
Maka tambang teksi akan turun, kos sewa lori akan turun, kos lori angkut sayur Cameron Highlands akan turun, kos lori angkut ikan akan turun.
Satu negara Malaysia akan untung. Kerajaan pula akan menang pilihanraya dengan jumlah undi yang besar. PH boleh menang 2/3 tanpa perlu coalition government. Think about it.
Saya bagi jaminan - kalaulah saya boleh beli sebuah kereta Mercedes Benz C Class yang baru, dengan harga RM201,000 tadi, percayalah saya akan mengundi kerajaan ini. I promise.
Tapi kalau tak mahu, kalau nak cari mampus, then please go ahead.
Lagi banyak tadika Melayu akan tutup.
Lagi ramai anak Melayu tak masuk tadika.
Ramai orang Melayu masih tidak akan mengundi awak.
Dulu saya sudah buat cadangan ini sewaktu kerajaan Najib, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Ismail Sabri. Mereka tidak mahu dengar. Mereka semua kalah pilihanraya. Najib masuk penjara sekali. Why not give it a try?
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.