`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 31, 2024

Bekas guru ganti ‘satukan’ pelbagai kaum menerusi tarian

 

Free Malaysia Today
Pojaa Mohana Thasan, 24, sedang melatih anak murid pelbagai bangsanya belajar beberapa tarian tradisional.

KLANG
Sejak 18 tahun lalu, Pojaa Mohana Thasan mula belajar dan bergiat aktif dalam persembahan tarian klasik India Bharatanatyam yang memuaskannya kerana dapat meneruskan warisan dicintainya itu.

Pooja yang berusia 24 tahun bersama rakan seperjuangannya giat menerima jemputan membuat persembahan sekitar Lembah Klang termasuk pada Festival Navratri bagi menghormati Dewi Durga dibuat sebelum sambutan Deepavali.


Namun tahun ini memberi pengalaman baharu buat graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) apabila diberi tanggungjawab mengajar 27 murid dari berbilang kaum di sebuah sekolah menengah di Klang, bagi menjayakan persembahan sempena bulan kemerdekaan, Ogos lalu.

Pooja yang menjadi guru ganti di sekolah itu pada mulanya diminta melatih murid menari tarian klasik India, namun dia berpendapat lebih baik sekiranya kebudayaan semua kaum diraikan

Free Malaysia Today
Sejak 2009, Pojaa tanpa gagal menjayakan persembahan pada Festival Navratri sehingga kini.

Guru Sains tingkatan satu dan dua itu mengambil masa dua minggu mengajar tarian tradisional India, Cina dan Melayu kepada murid terbabit yang dilihat tidak kekok berlatih.

“Ketika mereka membuat persembahan di atas pentas, saya hampir menitiskan air mata.

“Saya bangga anak murid saya daripada kaum menari dalam tiga tarian tradisional berbeza,” kata anak bongsu daripada tiga beradik itu kepada FMT.

Free Malaysia Today
Pojaa berazam mempertahankan tarian klasik penganut agama Hindu untuk tatapan generasi masa depan.

Pooja turut berpendapat usahanya memperjuangkan warisan itu sebagai satu bebanan dan tidak menghalangnya dalam pendidikan yang mana dia baru sahaja melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebelum ini, dia menggenggam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial dari UPSI, dengan kepujian kelas pertama.

Dia turut berkongsi perancangannya menghabiskan pengajiannya dalam bidang tarian untuk melayakkannya menjadi tenaga pengajar profesional bagi melatih anak bangsa serta memelihara warisan.

“Ramai anak muda merasakan tarian ini tidak penting dan bertanya kenapa perlu belajar tarian ini?

“Jawapannya tarian ini adat dan budaya kita,” kata anak jati kelahiran Klang itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.