PETALING JAYA: Kerajaan Perak saran pemilik hotel menetapkan waktu daftar masuk dan keluar yang bersesuaian agar tidak timbul isu melibatkan kepentingan pelanggan.
Menjelaskan saranan itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching, berkata kerajaan negeri tidak punyai kuasa untuk menetapkan waktu daftar masuk dan keluar.
Namun, perkara itu perlu diteliti pengusaha kerana ia mampu beri kesan terhadap pendapatan serta ketibaan pelancong ke Perak, katanya.
“Ia tertakluk kepada pengusaha hotel dalam menentukannya. Enakmen Hotel Perak 2023 juga hanya tertakluk kepada aspek keselamatan, kebersihan dan operasi.
katanya lapor Bernama, pada sidang media di Tanjong Malim, Perak.Namun, apabila perkara ini menjadi isu, maka untuk kebaikan semua termasuk industri pelancongan, ia perlu diteliti semula,
Sebelum ini, persatuan pengguna seru kerajaan gubal peraturan untuk selaras waktu daftar masuk dan keluar hotel agar setimpal dengan tempahan bermalam, susulan tular catatan pengguna media sosial mengenai waktu pendaftaran di hotel tertentu.
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata adalah tidak wajar mengubah waktu ‘check-in’ dan ‘check-out’ sehingga menyebabkan tempoh penginapan tetamu menjadi lebih singkat, kerana ia tidak adil untuk pengguna yang sudah bayar ‘rate per night’.
Pemain industri yang dihubungi FMT menjelaskan bahawa hotel mengatur waktu daftar masuk dan keluar berdasarkan keperluan operasi, misalnya penghunian yang tinggi, inventori bilik yang besar, serta kekurangan pekerja.
Pada 26 Sept lepas, Bernama melaporkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan isu waktu daftar masuk dan daftar keluar hotel.
Menteri Tiong King Sing berkata keutamaan beliau adalah memastikan amalan dan polisi hotel selari dengan kepentingan pengguna, sambil menjamin kelangsungan industri perhotelan yang berdaya saing dan mampan.
Katanya, pandangan dan cadangan pihak berkepentingan akan dipertimbangkan bagi memastikan industri perhotelan kekal kompetitif dan mesra pelanggan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.